CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 935|Reply: 28

‘Kalau jodoh sampai sini, saya reda’ - Nora Ariffin

[Copy link]
Post time 6-5-2025 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 6-5-2025 09:45 AM



SHAH ALAM – Penyanyi Datuk Nora Ariffin menerima dengan hati yang reda sekiranya jodoh dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli berakhir pada sebutan pertama tuntutan perceraian mereka Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini hari ini.


Hadir dengan persalinan serba putih, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, berkata, mahu memulakan kehidupan baharu tanpa persekitaran dan dikelilingi individu yang toksik.


Nora juga ditemani peguam yang mewakilinya, Sarah Mohd. Ali dan kakak angkatnya, Rafeah Ariffin.

  


“Kalau jodoh sampai di sini, saya terima, mahu mulakan hidup baru dan keluar daripada persekitaran yang toksik selain ingin membersihkan nama, itu paling penting.


“Kami ada berjumpa tetapi tidak berbincang tentang hal perceraian sebab memang menanti hari ini dan tak mahu tanya serta ingin dia buat keputusan dengan rela hati.


“Dia juga tahu apa yang saya mahu. Kami tak bergaduh cuma berjanji selesaikan dengan cara baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

  

Tambahnya, dia juga enggan meletakkan sebarang jangkaan berhubung prosiding hari ini daripada suaminya.


“Saya pun tak tahu, kalau nak teruskan, banyak cabaran, benda lain dan tak mahu melalui banyak perkara sama.


“Saya serahkan kepada pihak mahkamah Saya tak berani nak jangka apa sebab tak pernah melalui situasi ini.


“Segala keputusan yang saya dengar kejap lagi, saya akan terima dengan hati terbuka dan berlapang dada,” katanya lagi.


Pada 21 April lalu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.


Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.


Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Jodoh tidak panjang, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 09:47 AM | Show all posts
harap tak ada drama lagi lepas ni....

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
so lepas ni nek nora senyap2 je lah ek

jgn esok2 pungpang2 lagi pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:19 AM | Show all posts
BellaThePrinces replied at 6-5-2025 01:47 AM
harap tak ada drama lagi lepas ni....

dah ada drama tu.. nak keluar dari persekitaran toksik katanya. tetap nak salahkan famili no. 1
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:20 AM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 6-5-2025 01:50 AM
so lepas ni nek nora senyap2 je lah ek

jgn esok2 pungpang2 lagi pulak

x mungkinlah dia akan senyap je lepas ni.. kata hati aku yang hitam ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni kalau nak cari suami ,cari lah duda mati bini ke ,bujang terlajak ke ,jangan cari laki orang kalau nak fefeling jadi isteri tunggal .Bini & anak orang bukan tunggul nak tengok je laki & bapak dia kena sondol .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2025 10:27 AM | Show all posts
OMG perempuan...... STFU
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 6-5-2025 10:19 AM
dah ada drama tu.. nak keluar dari persekitaran toksik katanya. tetap nak salahkan famili no. 1

Lahhh dia tu yg toksik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 11:07 AM | Show all posts
Bunyi macam redha tapi mcm tak redha.
Moga selesai cara baik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang toksik tu kau! Ambik laki orang pastu act victim. Semua orang salah. Ko je yang betul. Kalau dah tahu ambik laki orang, pandai-pandai lah bawak diri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Geletis punyee ong tua
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai retis jadi bini bernombor senyap je. Yang dah serai pun senyap je takde kompang saba sini. Nek nie laon macam perangai. Bunyi macam tak nak serai tapi gi filekan nak serai..kalau nak jadi yang status no.1, nikah bujang atau duda je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaahh haritu lepas file cerai elok je jumpa g open house pakai sedondon Sama2. Ingat nk uturn blik
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
la...xnk cerai pulak ke...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:48 AM | Show all posts
di persimpangan dilema la tu


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko xpenat duk dalam drama hari2. Baik ko carik lelaki yg bukan milik sesiapa... Ko miliki dia seorang xyah share ngan sesapa. So cerai dulu pastuh carik yg lain. Pastikan yg solo yerrrr soloooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 11:55 AM | Show all posts
td aku baca dlm FB laki dia tak nak cerai kan Nora ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
acah2 redha tapi tetap kata toxic bagai..nampak mcm x serai sbb ostad sayang nekbantat lebih dari yg setazah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bukan nak cerai. Tapi nak paksa setat ceraikan bini pertama. Setat pun entah kenapa takut nak ceraikan bini pertama. Takut harta hilang kot. Saje nak bagi bini pertama tertekan dan mati cepat. Dia nak duit pencen bini pertama untuk isteri kedua ke???
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bekas bini arwah kawan ko. tergamak ko ye
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-5-2025 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.194929 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list