CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 849|Reply: 21

[Tempatan] Wanita hilang dalam perjalanan beri keterangan di SPRM Putrajaya

[Copy link]
Post time 2-5-2025 11:11 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR – Seorang wanita hilang ketika dalam perjalanan untuk hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Putrajaya, pada 9 April lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan wanita tersebut pada pukul 3.02 hari yang sama.


-Advertisement-

Beliau berkata, wanita itu dijadualkan hadir di pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan berkaitan siasatan pihak SPRM.


“Bagaimanapun, ketidakhadiran mangsa pada hari tersebut disahkan oleh pihak SPRM.


“Sebelum itu mangsa telah beberapa kali hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan berkaitan kes yang disiasat oleh pihak SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Rusdi berkata, satu laporan polis juga telah dibuat oleh peguam mangsa di Seri Kembangan berkaitan kehilangan wanita itu.


Katanya, percakapan beberapa orang saksi termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa telah dirakam bagi membantu siasatan.


“Siasatan lanjut masih diteruskan. Siasatan berkaitan kejadian ini dibuka di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” katanya.


Terdahulu, sebuah portal melaporkan kehilangan wanita terbabit yang didakwa diculik ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM Putrajaya untuk memberikan keterangan.


Abang kepada mangsa mendakwa, kenderaan e-hailing yang dinaiki mangsa telah ditahan oleh tiga kenderaan yang tidak dikenali sebelum wanita itu diarahkan menaiki salah sebuah kereta.


Dakwa abang mangsa lagi, sehingga kini kakaknya masih tidak dapat dijejaki atau dihubungi setelah lebih 20 hari menghilang. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 03:19 AM | Show all posts
gila la mafia mana lak ni yg kidnap
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 03:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 3-5-2025 01:29 PM

sb tu orang ramai payah nak 'bantu'...keselamatan 'atas diri sendiri'.Kalau kes cam bahaya..sepatutnya 'saksi dilindungi samada pergi atau balik'.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 3-5-2025 03:41 AM
sb tu orang ramai payah nak 'bantu'...keselamatan 'atas diri sendiri'.Kalau kes cam bahaya..sepatutn ...

Pompuan tu bukan saksi, dia suspek utama
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 10:05 AM | Show all posts
Beliau berkata, wanita itu dijadualkan hadir di pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan berkaitan siasatan pihak SPRM.

Wah, kes rasuah yang mana? Yang dah ditangkap atau yang masih belum ditangkap?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 3-5-2025 09:44 AM
Pompuan tu bukan saksi, dia suspek utama

Pulak dah.  Spill la wey..  Kes ape?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2025 12:22 PM | Show all posts
Pamela's lawyer Datuk N Sivananthan, when contacted by The Edge, said the MACC was investigating her and her husband on a money laundering matter.
Datin Seri Pamela Ling Yueh  https://theedgemalaysia.com/node/753779
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 3-5-2025 09:44 AM
Pompuan tu bukan saksi, dia suspek utama

ada plot twist...letew.......kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh... Kes besar sgt ke ni sampai kena kidnap
Harap dijumpai dgn selamat. Jangan dipindahkan ke alam lain dah le
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Terigt kes lari panjat pagar . Gemok2 pun gigih
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 02:15 PM | Show all posts
Abang kepada mangsa mendakwa, kenderaan e-hailing yang dinaiki mangsa telah ditahan oleh tiga kenderaan yang tidak dikenali sebelum wanita itu diarahkan menaiki salah sebuah kereta.

Datin Seri naik grab pergi office sprm? Macam pelik aje. Type C kalau title datin seri memang sungguh taitai kereta import bersusun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 02:48 PM | Show all posts
vespa_oren replied at 3-5-2025 09:44 AM
Pompuan tu bukan saksi, dia suspek utama

kes apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba check tong simen mana2. takpun construction site.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 3-5-2025 09:44 AM
Pompuan tu bukan saksi, dia suspek utama

kalau dia suspek..acah3 kena kidnap ke hape..haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 3-5-2025 12:01 PM
Pulak dah.  Spill la wey..  Kes ape?

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Pamela dilaporkan hilang selepas menaiki perkhidmatan e-hailing untuk menghadiri sesi soal siasat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut peguamnya, Datuk N. Sivananthan, Pamela dan suaminya sedang melalui proses perceraian yang sangat tegang di Singapura dan Malaysia, melibatkan pembahagian harta bernilai besar . 

Kes ini mendapat perhatian kerana selain daripada isu perceraian yang rumit, pasangan tersebut juga sedang disiasat oleh SPRM atas dakwaan pengubahan wang haram. Kehilangan Pamela menambah lagi kerumitan situasi ini, dan keluarganya kini sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehilangannya
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 3-5-2025 07:11 PM
Baru-baru ini, seorang wanita bernama Pamela dilaporkan hilang selepas menaiki perkhidmatan e-hail ...

Kaya raya lah ya... xde bodyguard? Emphmm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 3-5-2025 12:22 PM
Datin Seri Pamela Ling Yueh  https://theedgemalaysia.com/node/753779

the edge ni jgk la kn yg terawal dedah psl 1mdb

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah tu Datin Seri naik Grab..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
E-hailing la sangat....ingat e hailing ni bodoh korok2 takde sistem bleh trace location ke? Apsal grab driver senyap je..x kecoh2 pun..biasanya geng2 rider driver sume ni kan terpaling kecoh
Kata datin, apsal naik grab je?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Huih boleh hilang?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-5-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064801 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list