CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut nahas empat kenderaan di Tawau

[Copy link]
Post time 30-4-2025 09:36 AM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kunak - Tawau, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 31 tahun yang memandu kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan empat kenderaan pada jam 12.54 tengah hari.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah lori lima tan, dua pacuan empat roda dan kenderaan MPV.

“Pemandu kenderaan MPV disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan kes diserahkan kepada pihak polis.

“Selepas memastikan keadaan selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 2.42 petang,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.034632 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list