CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 3

[Tempatan] SPRM sudah ada senarai individu berkaitan kes pencerobohan tanah di Raub

[Copy link]
Post time 29-4-2025 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Latifah Arifin
am@hmetro.com.my

April 29, 2025 @ 1:08pm


AZAM ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara di PICC. FOTO Mohd Fadli Hamzah



Putrajaya: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan pihaknya mempunyai senarai individu dikenal pasti terbabit dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.

Katanya, setakat ini tangkapan belum dibuat dan pegawai penyiasat SPRM sedang giat mengesan individu terbabit, termasuk pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pejabat daerah.


"Kita ada dalam senarai (individu dikenal pasti terbabit). Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya.

"Jadi ini menjadi satu cabaran juga kepada pegawai penyiasat saya untuk buat tracing dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu, akan ambil masa sedikit terutama kepada mereka yang meneroka dan bagaimana mereka melakukannya.



"Keadilan dalam proses siasatan ini adalah penting," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Persidangan Antirasuah di Asia Tenggara di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Kesatuan Antirasuah Asia Tenggara (Sea Actions), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Mustafar Ali.

Sebelum ini, Azam memaklumkan mengarahkan SPRM Pahang meneruskan siasatan berhubung kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.

Mengulas lanjut, beliau berkata selain memberi tumpuan kepada isu tatakelola, SPRM turut meneliti bagaimana individu yang menceroboh tanah di Raub Pahang 'boleh lolos' begitu sahaja.


"Kita siasat kes berkenaan dengan teliti, bukan sahaja isu tatakelola tetapi turut melihat bagaimana selama ini kes terbabit boleh terlepas.

"Kita perlu ingat 2021 lagi kita sudah siasat dan ia hampir selesai. Mungkin sudah selesai di pihak Pejabat Tanah tetapi bagi kes yang baru ini kita lihat bagaimana dengan penerokaan yang baru.

"Ada pokok yang berusia sekitar 8 hingga 9 tahun, ini (boleh jadi) penerokaan yang lain," katanya.

Susulan itu, jelasnya, perkara terbabit akan turut diambil kira oleh Kerajaan Negeri dan SPRM akan mempertimbangkan untuk memanggil pihak yang bertanggungjawab bagi tujuan siasatan.

Terdahulu, media melaporkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pencerobohan tanah menjadi musuh utama di negeri itu dan bukan hanya dadah dan penjenayah.

Titah baginda, sebanyak 14,494.908 hektar tanah kerajaan diceroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian dan pelbagai hasil bumi.

Menurut baginda, 5,997.09 hektar hutan simpanan kekal (HSK) juga diceroboh kononnya atas nama pertanian yang disifatkan sebagai 'rompakan terbuka' terhadap harta negeri.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 08:15 PM | Show all posts
"Kita ada dalam senarai (individu dikenal pasti terbabit). Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya.

Semoga suara2 lantang anti pencerobohan haram tidak bertukar nada bila tengok nama2 gunting dalam lipatan ini nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai lagi tu...Cameron tu ha berembik geng tebang tebas tanam dulu, pajak/geran kendian cerita
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap telus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-4-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.221506 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list