PERSONALITI media sosial, Cik Epal mengejutkan ramai dengan mendakwa dia dicederakan isteri kepada bekas suaminya.
Perkara itu dikongsi menerusi laman Instagram pada petang Isnin.
"Bet*** hamak ni cakar dan lukakan mata aku. Ini la pasangan penyondol yang hamak barang-barang aku," tulisnya.
Menerusi video singkat yang dikongsi, kelihatan Emira Delyati atau Dewi menghempas pintu rumah ketika Cik Epal sedang membuat rakaman video.
Turut kelihatan dalam video itu adalah bekas suaminya, Jofliam.
Terdahulu, Cik Epal berkongsi di Instagram Story tentang rancangannya untuk berkunjung ke rumah pasangan itu.Ia bertujuan mengambil semula barang-barang miliknya yang masih berada dalam kediaman berkenaan.
Antaranya adalah set pinggan mangkuk, pakaian, perabot dan jam tangan yang dibeli ketika dia masih bergelar isteri kepada Jofliam.
Dalam pada itu, Jofliam menerusi Instagram Story pula berkata dia akan berkongsi kronologi kejadian dalam masa terdekat.
Jelasnya, dia juga mempunyai rakaman serta dokumen lengkap berhubung kes yang tidak dinyatakan secara jelas itu.
Namun, ia disyaki mempunyai kaitan dengan perkongsian video yang dimuat naik Cik Epal.
Sementara itu, Dewi juga mendakwa dia cedera akibat dikasari oleh bekas isteri suaminya, Cik Epal.
Dewi, 28, turut memuat naik satu salinan laporan polis menerusi Instagram pada Isnin malam.
Menurut Dewi, Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood melanggar perjanjian ketika dia datang ke rumahnya dan Jofliam kira-kira pukul 3 petang, Isnin.
Dakwanya, Cik Epal hanya dibenarkan berada di tingkat bawah, namun pempengaruh itu bertindak naik ke tingkat satu kediaman.
“Munirah terus membuat tindakan berlari ke level satu, saya mengejar dia untuk mengingatkan dia bahawa dia tidak dibenarkan naik ke level satu.
“Saat Dewi naik, Munirah telah melempar dekorasi rumah di tangga dan menjerit. Saya cuba menghalang, sebaliknya Munirah bertindak menggunakan kekerasan terhadap saya.
“Tindakan saya selepas itu adalah untuk mempertahankan diri,” jelas Dewi menerusi kapsyen di Instagram.
Menerusi laporan polis itu pula, Dewi berkata dia mengalami luka dan calar di bahagian muka serta hidung disebabkan rambutnya ditarik, manakala wajahnya dicakar.
Dakwa wanita itu lagi, Cik Epal turut menariknya dengan kuat dan menghempasnya ke atas lantai.
Terdahulu, Cik Epal memuat naik video, mendakwa dia cedera akibat diserang oleh isteri bekas suaminya.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan penceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.
Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Jofliam dan Dewi pula mengumumkan mereka sudah bernikah 5 April lalu. - mStar
|