CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37|Reply: 0

[Sarawak] Penerbangan terus Sibu-Bhutan buka era baharu hubungan dua negara

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:05 AM | Show all posts |Read mode


Tan (tiga kanan) dan Ugyen saling bertukar MoU sambil disaksikan Lee (kiri) serta yang lain.
SIBU: Hubungan dua hala antara Malaysia dan Bhutan memasuki era baharu dengan pelancaran penerbangan terus pertama antara Sibu dan Paro yang dijadualkan bermula pada 25 Ogos depan.

Majlis menandatangani perjanjian penerbangan charter terus itu berlangsung di Hotel Kingwood di sini hari ini, dianjurkan oleh Sak Soon Travel Agencies Sdn Bhd yang menjadi peneraju utama inisiatif berkenaan.

Perkhidmatan penerbangan tanpa henti itu akan menggunakan pesawat jenis Airbus A319 atau setara dengan kapasiti 126 tempat duduk bagi laluan pergi dan balik antara Lapangan Terbang Sibu (SBW) dan Lapangan Terbang Paro (PBH).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pelancaran laluan baharu itu bukan sahaja membuka jalan kepada pilihan penerbangan yang lebih baik, malah mencipta jambatan baharu yang menghubungkan dua budaya yang kaya dan unik.

“Kerjasama ini jelas menunjukkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuhkan sektor pelancongan, memperluas peluang perdagangan serta merapatkan hubungan rakyat antara Malaysia dan Bhutan.

“Melalui laluan ini, kita dapat memperkenalkan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya Sarawak kepada pelancong Bhutan, selain membolehkan rakyat Malaysia meneroka keunikan dan warisan spiritual Bhutan,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia Samuel Lee.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Pengurus Besar Syarikat Penerbangan Bhutan Ugyen Tenzin dan Ketua Pegawai Pemasaran Pelancongan Bhutan yang mewakili Menteri Pelancongan Bhutan Karma Wangdi.


(Dari kanan) Tan, Karma, Lee, Chieng, Ugyen (dua kiri) serta yang lain merakamkan kenangan.

Menurut Tiong, inisiatif itu juga menyokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan kehadiran 53.3 juta pelancong ke negara ini.

“Penerbangan terus ini menjadi antara pemangkin utama dalam menjayakan sasaran tersebut dan pada masa sama, mencerminkan nilai-nilai MADANI yang berteraskan keharmonian, kejujuran dan inovasi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sak Soon Travel Agencies Thomas Tan berkata, pelancaran laluan itu bakal merancakkan sektor pelancongan serta menggalakkan pertukaran budaya dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

“Majlis menandatangani perjanjian ini adalah hasil usaha berterusan, kerjasama rapat serta visi bersama antara semua pihak yang terlibat.

“Ia menjadi titik tolak kepada satu lembaran baharu yang penuh potensi buat kedua-dua pihak.

“Penerbangan charter terus ini bukan sekadar laluan baharu, ia adalah jambatan yang menghubungkan dua komuniti yang mahu saling belajar dan berkembang bersama,” katanya.

Tan turut menyatakan keyakinan terhadap potensi besar laluan itu dalam merancakkan pelancongan, merangsang peluang perniagaan baharu serta memperkukuhkan pertukaran budaya dan ekonomi antara Malaysia dan Bhutan.

“Dengan jangkaan peningkatan trafik pelancongan serta peluang perniagaan yang akan tercipta, hubungan dua hala antara kedua-dua negara dijangka menjadi lebih erat.

“Kami komited sepenuhnya terhadap kejayaan jangka panjang kerjasama ini dan percaya bahawa manfaatnya akan dirasai oleh rakyat Sibu dan seluruh industri pelancongan Malaysia,” katanya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039368 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list