CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 3

'Choi, Padan Muka', Michael Ang Bidas Netizen Yang Kecam Tokti Di Majlis Rumah Terbuka KKM

[Copy link]
Post time 26-4-2025 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 26-4-2025 01:12 AM

Umum mengetahui, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini tampil memberikan kenyataan selepas dituduh sebagai artis yang diundang untuk membuat persembahan di Majlis Rumah Terbuka anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini.

Jelas Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram, menjelaskan bahawa beliau hanya diundang sebagai tetamu dan hadir menyantuni majlis. Malah persembahannya di atas pentas itu hanyalah sebagai tanda penghargaan kepada warga KKM tanpa sebarang bayaran.

Saya  diundang sebagai tetami, saya hadir dan datang menyantuni majlis, dan saya rela hati membuat persembahan (saya tidak diundang atas kapasiti artis yang membuat persembahan).
Saya hanya ingin menghiburkan semua yang ada semalam, malah saya turut ke majlis-majlis lain dan kebanyakan tahu, saya akan menyanyi jika keadaan mengizinkan.
Kepada semua yang menyampaikan hal palsu ini, baik media, individu, netizen, saya berharap agar anda sedar akan implikasi fitnah kepada seseorang.”-tulis Siti di Instagram

“Padan Muka Kat Manusia-Manusia Internet Ni…”
Dalam pada itu, pengarah terkenal, Michael Ang turut membidas sikap sesetengah netizen yang melemparkan tuduhan palsu terhadap Biduanita Negara ini. Tegas Michael, netizen terlibat seharusnya membuat permohonan maaf kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Siti Nurhaliza.

“Padan muka kat manusia-manusia internet ni yang sedap mulut cakap dia dibayar untuk menyanyi. Now Tuan Badan dah mengaku yang dia pergi event tu dan bila orang nyanyi, dia nyanyi la dan tak ada bayaran.

Kau orang memekak tanpa usul periksa dan cakap bukan-bukan. Tak baik tak baik! So yang memfitnah dan cakap bukan-bukan tu dah tak reti nak minta maf ke.

Kat KKM dan artis tu? Berani cakap dan komen sila tampil. Tapi ni netizen Malaysia kan semua fake account!.”- bidas Michael Ang di Insta Stories.

*Murai



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2025 11:47 AM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 09:09 AM | Show all posts
MA ni bekerja sebagai operator service utk artis2 malaysia ke apa haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 09:20 AM | Show all posts
Menempel dgn issue2 retis.....

nanti dah tua jadi Diva AA





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-4-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054607 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list