CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 1

'Panda parenting' didik si kecil lebih berdikari, 3 lagi konsep boleh jadi panduan ibu bapa

[Copy link]
Post time 25-4-2025 10:11 PM | Show all posts |Read mode


PENDEKATAN baharu dalam mendidik dan membesarkan anak-anak dengan kaedah 'panda parenting' mula jadi pilihan dalam kalangan ibu bapa moden.


Menekankan kebebasan, kepercayaan dan keseimbangan dalam keluarga, konsep itu mampu membuatkan anak-anak lebih berdikari seawal usia kanak-kanak.


Diilhamkan oleh beruang panda terkenal dengan sifat penyayang dan lemah lembut, konsep itu mula dipopularkan oleh Esther Wojcicki, seorang wartawan Amerika Syarikat dan ibu kepada tokoh-tokoh terkemuka dunia.




Menerusi catatan dalam bukunya, How to Raise Successful People (2019), Esther, memperkenalkan prinsip TRICK iaitu Trust (Kepercayaan), Respect (Penghormatan), Independence (Kebebasan), Collaboration (Kerjasama) dan Kindness (Kebaikan) sebagai panduan asas.


"Konsep panda parenting bukan bermaksud ibu bapa malas  mendidik anak, tetapi memberi ruang kepada mereka (anak-anak) untuk belajar berdikari di samping memberi dorongan dan bantuan ketika diperlukan," katanya.


Berbeza dengan konsep tiger parenting yang lebih mengutamakan disiplin dan ketegasan, pendekatan itu mendorong anak-anak membuat keputusan sendiri, belajar dari kesilapan dan membina keyakinan diri bermula peringkat awal.  


Selain daripada tiger dan panda, berikut merupakan beberapa lagi konsep parenting yang menjadi panduan ibu bapa sedunia.


1. Jellyfish parenting


Memberi tumpuan kepada kehendak, keperluan dan keinginan si kecil.


Ibu bapa yang mengamalkan konsep ini berkemungkinan besar memberikan kesan negatif terhadap pembangunan emosi dan sosial anak mereka.


2. Helicopter parenting


Ibu bapa sentiasa memantau setiap pergerakan dan keputusan anak-anak mereka termasuk dalam hal akademik, sosial, malah aktiviti harian.


Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terlalu dilindungi berisiko mengalami masalah kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan, terutama apabila berdepan dengan tekanan tanpa bantuan ibu bapa pada kemudian hari.


3. Gentle parenting


Ia berupaya membantu membina hubungan yang lebih kukuh dan selamat antara ibu bapa dan anak, selain menggalakkan perkembangan emosi yang lebih stabil dalam jangka panjang.


Merupakan pendekatan yang sesuai dengan keperluan emosi kanak-kanak masa kini, konsep ini memudahkan ibu bapa membina keluarga lebih harmoni.


Pakar psikologi menyatakan bahawa pendekatan ini mampu menyokong perkembangan emosi dan mental kanak-kanak dengan lebih sihat.


Bahkan, hasil kajian dijalankan juga menunjukkan bahawa emosi ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan keupayaan sosial anak-anak.


Namun, pendekatan ini masih mementingkan panduan ibu bapa kerana kesimbangan peranan mereka cukup penting dalam tumbesaran si kecil.


Berbeza dengan kaedah lain, panda parenting lebih bersifat sederhana, selaras dengan kehendak ibu bapa masa kini yang mencari keseimbangan antara kejayaan dan kesejahteraan anak-anak mereka. — The Star


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk nya spammer kat sini.
Makin menjadi2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040221 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list