|
“Saya okey sahaja.”
Demikian respons penyanyi, Zamani, 54, menafikan tulang belakangnya kembali bengkok seperti yang tular dalam sebuah video TikTok baru-baru ini.
Menurutnya, dakwaan tersebut mungkin tercetus kerana ketika ini terpaksa berjalan dalam keadaan membongkok bagi mengurangkan rasa sakit pada bahagian tulang belakang ditambah pula dengan kesibukan jadual kerja.
“Doktor beritahu masalah tulang belakang membengkok tidak akan berulang tetapi kalau berlaku lagi, mungkin dalam tempoh lama.
“Mungkin juga sebab terlalu aktif bekerja, tulang belakang mula rasa sakit semula dan bongkokkan badan adalah untuk bantu kurangkan rasa sakit.
“Namun, kepada peminat, jangan risau sebab tahap kesihatan saya baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Slam X Exists Our Journey di sini, baru-baru ini.
Tambah vokalis kumpulan Slam itu, struktur tubuhnya tidak boleh kembali normal sepenuhnya tetapi beransur pulih selepas menjalani beberapa rawatan termasuk pembedahan dan perlu mengambil ubat tahan sakit sebelum mengadakan persembahan.
Meski berdepan dengan masalah badan bongkok, dia bagaimanapun bersyukur masih mampu dan diberi kesempatan oleh Tuhan untuk membuat persembahan dalam durasi lebih panjang berbanding sebelum ini.
“Memang menghadapi masalah membongkok. Rawatan yang saya lakukan sebelum ini hanya untuk membetulkan tulang belakang, masalah bongkok memang tak boleh buat apa.
“Buat masa sekarang saya sudah syukur cuma peminat janganlah mengharapkan saya mampu kembali normal 100 peratus seperti dulu.
“Tapi saya tetap gembira sebab boleh menyanyi selama dua jam tanpa ada sebarang masalah pada sebuah konsert baru-baru ini. Sebelum ini nyanyi dua atau tiga lagu, saya perlu berhenti sebab masalah kesihatan,” katanya yang mengadakan konsert bersama Exists yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 26 Julai depan.
Terdahulu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, Kuala Lumpur pada 7 November 2022.
Susulan itu, dia mula memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kesihatannya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Heading pun… acik cpt aje fikir bengkok yg 1 lg. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas operate tulang dia ada pendek panjang lepas itu sambung besi /skrew .. tentu la ada effect.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku teka dia jenis malas..
lepas surgery ada appointment physical therapy dia tak pergi... |
|
|
|
|
|
|
|
redz85 replied at 27-4-2025 12:34 PM
aku teka dia jenis malas..
lepas surgery ada appointment physical therapy dia tak pergi...
Ye, xbuat fisio. Mentang² surgery duit derma org |
|
|
|
|
|
|
|
redz85 replied at 27-4-2025 12:34 PM
aku teka dia jenis malas..
lepas surgery ada appointment physical therapy dia tak pergi...
Memang dia tak pergi kan,ada dia bgtau aritu,bz ktanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni sakit balik harap jgn mintak derma lagi.org dh tolong tp tak bersungguh nk sihat balik |
|
|
|
|
|
|
|
hujung tahun lepas, heols ada datang perform live kat pesta penang. Pastu kawan indon meols yang minat heols ni sangat sexcited iya nak pegi tengok dia siap nak nyanyi jerit2 lagi. Tapi hampa sebab malam tu abangadik nyanyi bunyi orang malas tak bertenaga gitu la heols citer, dan sedikit bongkok. Tak pastilah tak fully recovered lagi ke apa..or maybe kawan iols tu yang terlebih berharap  |
|
|
|
|
|
|
|
Kuajaq betul tajuk benang pun, dekah aku gelak  |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya dia addiction problem dia still ada or betul dah stop? |
|
|
|
|
|
|
|
Blessed_Servant replied at 27-4-2025 03:43 PM
Sebenarnya dia addiction problem dia still ada or betul dah stop?
Penagih ringan mudah lah nak stop. Kalau penagih tegar susah nak stop.
|
|
|
|
|
|
|
|
hurm, sebab dia tak pergi fisio kan.? haritu dengar first checkup/fisio lepas operate pun tak pergi, bizi katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Silap orang yg mengurusnya. Agaknya kalau tak amik job, mmg takde income la. Please Zamani, fisio tu sangat2 membantu. Laki iolls eksiden teruk patah riuk, iolls sanggup setiap kali ada appointment fisio, iolls amik cuti walaupon tanpa gaji sbb nak hantar jemput serta teman & bagi semangat kat laki iolls. Alhamdullilah, 6 bulan boleh berjalan walaupon kaki sebelah pendek sikit je.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tu, lepas operate pun gigih buat show lagi, tak rehat, tak fisio, alasan sibuk.....macam sia-sia lah operate pakai duit derma haritu... manager dia tu bini dia kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu org marah org dh tlg .. selebihnya dia yg kena tolong diri sendri |
|
|
|
|
|
|
| |
|