“Kita beli ni bukan untuk sesiapa, untuk anak saya juga. Saya kerja keras untuk sayang juga sebab banyak tolong saya kerja. Bukan mahal pun 1.5 juta ni, aset kita. Kalau saya meninggal nanti ada anak kita harta,” kata Aliff.
Sementara itu, Aliff turut berseloroh mengatakan isterinya seperti seorang Datin dan bukan makcik-makcik apabila memakai barangan kemas berkenaan.
“Pakai ni terus nampak macam datin-datin, tak nampak macam mak cik-mak cik” katanya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Aliff yang menghargai isterinya. Malah, ada yang mengatakan ketika isterinya dihina, Aliff ke hadapan mempertahankan isteri tercinta.