View: 321|Reply: 4
|
“Kalau Ada Bukti Keganasan, Keluarkan” – Beego
[Copy link]
|
|
Pelakon Beego berkata dia meminta isterinya, Linda Hashim untuk kemukakan bukti dakwaan keganasan terhadapnya sepanjang mereka berumah tangga.
Memetik BH Online, Beego berkata dia tidak mencabar namun dia tahu bahawa tiada bukti tersebut serta dia tidak perlu menggunakan persepsi orang ramai untuk meraih simpati.
“Itu semua persepsi orang. Saya tak nak komen lebih-lebih. Kalau ada gambar keluarkan. Saya tak cabar, tapi saya tahu tak ada. Saya tak ada muatnaik apa-apa foto. Bagi saya, kalau mahu selesaikan secara baik, saya rasa tak perlu provokasi persepsi masyarakat.
“Kalau mahu main persepsi, saya juga boleh. Sampai hari ini saya tak muatnaik apa-apa foto yang boleh mencemar atau mengaibkan Linda,” katanya.
Sementara itu, Beego berkata dia tidak diberi ruang dan peluang oleh isteriya untuk berbincang demi menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Saya tiada ruang berbincang. Saya masih lagi di rumah kelamin. Dia sudah keluar rumah sejak enam bulan lalu. Namun, saya tak salahkan Linda,” katanya.
Dalam pada itu, Beego tertanya mengapa tiada peluang diberikan kerana mereka masih lagi suami isteri yang sah, namun Linda nekad untuk berpisah.
“Nak berhubung sebagai suami? Saya, suami yang sah lagi, tapi tak diberi ruang. Dia cuba elak dan pada masa sama, tegas dengan keputusan untuk berpisah,” katanya.
Dalam prosiding hari ini, mahkamah menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh pembentangan laporan JKP daripada kedua belah pihak.
SUMBER: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ayat2 loser.
"Ada bukti tunjuk lah".
Kang dah tunjuk bukti, "Oh waktu itu saya berdepan dgn byk masalah. Tawaran berlakon tiada. Fikiran saya kusut. Saya tak dpt sokongan dari isteri saya. Saya hilang kawalan"
Aler utoh la Beego. Coward. Lepaskan ajelah bini kau tak laluhhhh dah nk tgk muka loser kau tu |
|
|
|
|
|
|
|
4 laporan polis sepanjang 11 tahun berkahwin tak cukup lagi ke?
Kuala Lumpur: Pelakon Linda Hashim, 41, mendedahkan punca sebenar tindakannya meninggalkan rumah kelamin yang didiami bersama suaminya, Beego, 45, sejak Oktober lalu disebabkan keganasan rumah tangga dan beberapa faktor lain yang melukakan hatinya.
Linda berkata, sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin, dia sudah membuat empat laporan polis dan ada tiga laporan perubatan mengenai kecederaan dialami berhubung kes keganasan rumah tangga.
"Ada perkara yang berlaku kepada saya, tapi saya cuba diam. Namun, perkara itu sudah dimanipulasi dan jadi terbalik," katanya ketika ditemui sebaik selesai menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Menurutnya, kejadian pertama kali berlaku pada 2016 dan terakhir pada hari di mana dia keluar rumah enam bulan lalu.
"Saya mempunyai bukti yang memaparkan kesan keganasan dilakukan Beego terhadap saya, namun saya memilih untuk tidak menjaja perkara itu.
"Peguam saya pun dah tengok semua bukti-bukti ini. Apa yang berlaku memberi kesan terhadap mental saya dan anak-anak.
Bukti itu ada, dia (Beego) nak ke? Sebenarnya bukan kes keganasan yang ingin saya tekankan. Tak mengapa, kita faham," katanya.
Selain bukti terbabit, Linda mendedahkan ada lagi perkara-perkara lain yang mengganggunya serta anak-anak.
"Banyak sebenarnya saya tak nak dedahkan. Cuma bila orang sudah tahu ni, saya hanya buka satu saja, yang lain kita tutup kerana tak mahu panjangkan cerita," katanya.
Menurutnya, dia cuba bertahan selagi termampu tetapi memberi amaran kepada Beego agar tidak memulakan sebarang provokasi sekiranya tidak mahu lebih banyak rahsianya dibongkarkan.
Tapi kalau misalnya Beego mencungkil (mulakan provokasi), saya tidak teragak-agak untuk dedahkan semua.
"Saya dengar macam-macam daripada pihak sana yang memanipulasi atau 'play victim' (berlakon menjadi mangsa). Kalau ada hari saya dengar lagi semua ini, saya akan dedahkan semuanya sebab sudah bertahun saya memendam," katanya.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin memaklumkan sudah mendengar segala keterangan anak guamnya dan memahami permintaannya untuk bercerai.
Menurutnya, mahkamah menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh pembentangan laporan JKP.
|
|
|
|
|
|
|
|
Contohi fattah amin sebelum aib terkeluar cerai je . Perempuan klu minta cerai maknanya segala bukti dah ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|