View: 739|Reply: 28
|
[Tempatan]
Saya tak dibayar menyanyi di acara rai Aidilfitri KKM - Siti Nurhaliza
[Copy link]
|
|
bhonline.com.my
Oleh Farihad Shalla Mahmud
April 24, 2025
Siti menjelaskan kehadiran pada acara meraikan Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mencetuskan kontroversi melalui hantaran Instagram Story (IGs), semalam. Foto IG Siti Nurhaliza
KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyangkal dakwaan beliau dibayar untuk membuat persembahan pada acara meraikan Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.
Melalui hantaran Instagram Story (IGs), Siti menjelaskan kehadirannya ke majlis itu adalah sebagai tetamu, bukan artis yang diundang secara rasmi untuk menjayakan persembahan.
"Saya menyanyi kerana saya mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran," katanya.
Kesal dengan apa yang berlaku, penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu berkata, pencerahan perlu dibuat supaya fitnah yang tersebar tidak berpanjangan.
"Saya tidak mahu lebih ramai memanjangkan fitnah apabila nama saya dipetik dalam berita atas nyanyian saya di majlis semalam.
"Seperti mana penjelasan saya, saya tidak minta apa-apa bayaran, saya datang sebagai tetamu dan saya menyanyi dengan rela hati.
" Saya rasa penjelasan ini penting supaya anda tidak membuat penulisan, berita dan menyebarkan nama dan gambar saya dengan sesuatu yang tidak sahih beritanya," katanya.
Berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik di akaun Facebook (FB) Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, antara artis yang dijemput menghiburkan tetamu selain Siti adalah Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 24-4-2025 03:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Raya glamor KKM: Menteri sahkan tiada bayaran pada selebriti
Diterbitkan: Apr 24, 2025 12:49 PM
Menteri Kesihatan, Dzukefly Ahmad, hari ini mengesahkan bahawa tiada sebarang bayaran dikeluarkan sebagai imbukan kepada persembahan beberapa selebriti terkenal dalam sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa lalu.
Dalam kenyataan ringkasnya, Dzukefly berkata kehadiran dan persembahan Siti Nurhaliza, Mila AF dan Jamal Abdillah dibuat secara sukarela bagi meraikan kehadiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, serta keluarga besar KKM.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menambah, Siti Nurhaliza sendiri sudah mengesahkan bahawa dia tidak diberikan sebarang bayaran atas persembahan yang ditampilkan.
Bagi Jamal pula, Dzukefly berkata, hanya sagu hati diberikan kepada penyanyi dan pelakon terbabit.
"Tok Ti (Siti Nurhaliza) hadir sebagai rakan tetamu Yayasan Nurjiwa. Mila AF juga tidak mengenakan caj," katanya.
Terdahulu, ruangan komen Facebook Dzulkefly menjadi tempat sesetengah pihak menyatakan kritikan kerana tidak senang dengan tindakan KKM mengadakan majlis Aidilfitri dengan melibatkan selebriti terkenal.
Mereka antara lain mempersoalkan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membayar artis terbabit.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Jamal bersetuju menyanyi pada majlis tersebut selepas menerima jemputan daripada Ketua Setiausaha KKM yang memang kenalannya.
Kata Dzulkefly, majlis sambutan hari raya KKM tahun ini diadakan di kompleks mereka sendiri dan dihadiri ramai petugas kesihatan dari jauh dan dekat.
"Semoga majlis rahmah mesra ini dapat mengeratkan jalinan ukhuwah dan mahabbah di antara keluarga besar KKM," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tula sapa suh jemput tok ti
patot jemput nek aini tokeh maruku jewwww sure takde kontrolbesi  |
|
|
|
|
|
|
|
Meols Tak Percayakan Siti. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam nampak mewah jer majlis raya KKM ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mewah dipersoalkan. Kalau sambutan ala kadar pun akan dirungutkan. Apa salahnya KKM raikan khidmat petugas mereka dlm suasana meriah, setahu sekali je pun, selagi tak over badjet. Masyarakat nak mereka disambut sekadar mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak dibayar sebab nyanyi tak sedap |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-4-2025 11:39 AM
Meols Tak Percayakan Siti.
Kerana percayakan Siti
Tercetus revolusi diri
Tapi ironinya, cinta kami tak jadi
Kerana percayakan Siti
Lantas kuberanikan diri
Merentasi dunia demi mengejar mimpi |
|
|
|
|
|
|
|
Yelah tu............percayalahhhhhhhhhhhh kasihmuuuu lembah tersulammmmmm di ruang palinggg dalemmmmm..........
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya artis2 diam je
Biar jela menteri kkm je yg menjawab
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin la sbb ada rakan forum dlm benang satu lg ckp sheol tak ambil janji business gomen masuk utk cik somi... Kalau betul... Maksudnya betul le tu sheol tak dpt bayaran... Sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 24-4-2025 01:05 PM
Nampak mewah dipersoalkan. Kalau sambutan ala kadar pun akan dirungutkan. Apa salahnya KKM raikan ...
Petugas mana? Yg datang open house kkm tu yg kerja ofis kkm lah.. Yang kerja bertungkus lumus kat hospital tu takde pun diraikan.. Kalau gitu ctdk wajar pergi ke semua hospital kerajaan dan buat free mini concert lah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 24-4-2025 03:52 PM
Tak kesahlah Siti raikan sape, pokoknya undangan drp KKM. Kalau nak Siti nyanyikan di konsert mini pejabat cawagan KKM kerajaan, pej. cawangan kenalah atur dulu majlisnya, kemudian undang DCT, dg catatan FOC. Majlisnya pun tak diatur: masa, waktu, tarikh dn venuenya di mana, tetiba je nak mintak nyanyi free. Bajet mini konsert tu nak ambik dari mana walaupun minta DCT nyanyi FOC. Nak minta jasa/melamar khidmat orang tu biarlah beradat dn sepakat kerana DCT pun ada schedule dia sendiri yg padat . Sementelah tu, Aidilfitri pun dah nak habis.
|
|
|
|
|
|
|
|
why not? alang2 ctdk cakap dtg sebab meraikan petugas kkm, teruskan lah jelajah satu malaysia bagi free concert kat semua petugas kkm di klinik/hospital masing2, tanda muhibbah khennzz..jangan sebab kat hq kkm serba serbi 5 stars dikelilingi orang penting vvip saja baru terasa menghargai..
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 24-4-2025 05:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Menteri khuatir Siti tak mahu lagi buat persembahan sukarela
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Apr 24, 2025 3:15 PM
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali menyatakan rasa sedih apabila penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa memberi penjelasan berhubung persembahan di majlis hari raya anjuran kerajaan.
Ahli Parlimen Papar itu berkata, dia khuatir jika penyanyi yang mesra disapa Tok Ti itu enggan membuat persembahan secara sukarela dalam acara lain selepas ini.
“Khususnya mengenai Datuk Siti saya ada terbaca juga, saya pun sedih apabila dia terpaksa membuat komen (penjelasan) itu. Saya khuatir selepas ini dia tak mahu keluar (buat persembahan sukarela) pula.
“Jadi saya ingin jelaskan contohnya kalau terkait Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dia merupakan penggerak kepada Yayasan Nurjiwa, merupakan rakan strategik KPDN dalam kita menggerakkan program kebajikan membantu kos dara hidup rakyat.
“Yayasan Nurjiwa melaksanakan inisiatif foodbank untuk dihantar (agih) kepada golongan yang susah.
“Dia hadir sebagai rakan strategik, dia menyanyi secara tiba-tiba atas permintaan daripada bawah dan dia menyumbangkan lagu,” katanya selepas merasmikan Hari Intelek dan Muzik 2025 anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Petaling Jaya, hari ini.
Armizan berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman orang ramai terhadap persembahan beberapa artis popular pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini selepas ruangan komen Facebook Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menjadi sasaran netizen yang mempersoalkan perbelanjaan bagi membayar artis terbabit.
Semalam Siti berkata dia tidak menerima sebarang bayaran untuk menyanyi pada majlis tersebut dan berbuat demikian dengan rela hati bagi menyatakan penghargaan terhadap petugas kesihatan.
Malaysiakini melaporkan Jamal berkata dia hanya menerima sagu hati kecil untuk membuat persembahan dan menerima jemputan itu daripada Ketua Setiausaha KKM yang merupakan kenalannya.
Menteri Kesihatan, Dzukefly Ahmad, hari ini pula mengatakan tiada sebarang bayaran dikeluarkan untuk persembahan tersebut.
Sementara itu Armizan berkata, Siti Nurhaliza juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk persembahan pada majlis hari raya anjuran KPDN, semalam.
“Dia hadir atas kebersamaan dan kita amat menghargainya. Walaupun saya sendiri tak sempat tengok sebab bergegas (ke acara lain).
“Saya amat menghargai Datuk Siti yang memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang bekerja keras termasuk di KPDN untuk menggalas amanah dalam membantu kos sara hidup rakyat,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dulu penah baca untuk show charity pun sheols charge ye takde free nye.. maybe non monetary la kot? |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya
offer acik2 porum cari ni nyanyi kat majlis ni..
baru lah acik2 porum cari tak bising..
acik2 porum pon nak glemer gaks
 |
|
|
|
|
|
|
|
1 hari ngadap artis...6 hari ngadap PENYAKIT....sekali seumur hidup pon tableh ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat majlis makan2 ni dgn tetamunya di kalangan orang2 kenamaan tak boleh diajurkan sembrono atau atas dasar iri hati, kalau KKM negeri utara buat, KKM neg selatan atau neg pantai timur pun kena buat. Biar adil. gitu?
Bajetnya drp mana? Melainkan jika ada tajaan drp syarikat2 besar, it is OK. Pun begitu, bukan semua nurses atau HAs dpt hadir, tentu akan dipilih2 juga para undagannya. Berbunyi lagi, merungut lagi di kalangan staf KK negeri pulak. Jgnlah mentang2 DCT ikhlaskan persembahan FOC di peringkat pusat, maka peringkat cawangan pun nak demand hal yg sama.
Hal sambutan Aidilfitri dgn nyanyian FOC DCT pun nak dijadikan satu tuntutan ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|