CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 3

Tiada keperluan upah ‘bodyguard’, Hael Husaini cuma ada pemandu peribadi

[Copy link]
Post time 24-4-2025 10:39 AM | Show all posts |Read mode


WALAUPUN namanya sudah dikenali, penyanyi Hael Husaini merasakan tiada keperluan dia mengupah pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya pada setiap masa.


Bagaimanapun Hael, 38, berkata, dia akan mengupah pengawal peribadi jika mengayakan barangan mewah berbentuk tajaan sebagai langkah keselamatan.


"Saya tiada upah mana-mana pengawal peribadi untuk jaga saya setiap masa.


  


"Tapi saya cuma akan upah jika melibatkan jenama besar yang memerlukan barang saya pakai itu dijaga sebaiknya dalam sesebuah acara.


"Jadi saya hanya gunakan khidmat begitu pada barang yang saya tak mampu nak beli sendiri," katanya kepada mStar.


Pun begitu, Hael memberitahu dia cuma mempunyai pemandu peribadi untuk membawanya ke mana-mana acara bagi tujuan kerja.


Sebagai seorang yang menjaga masa, kata Hael ia menjadi satu keperluan kerana perlu tiba tepat pada waktu.


  


"Saya hanya ada pembantu bawa kereta atau pemandu peribadi.


"Saya tak pandai sangat bawa kereta apatah lagi nak bawa laju di jalan raya.


"Kalau banyak acara saya kena sedia tepat pada waktu supaya pelanggan puas hati dengan servis saya, sebab saya memang seorang yang menjaga masa,” ujarnya.


  


Dalam perkembangan lain, Hael baru sahaja membuka sebuah syarikat rakaman iaitu Huge House Entertainment bersama tiga orang rakan kongsi sejak beberapa bulan lalu.


Jelas Hael syarikat rakaman itu ditubuhkan bagi mengangkat industri muzik Malaysia ke satu tahap lebih tinggi selepas ini.


Penyanyi Nadeera merupakan artis pertama di bawah naungan label tersebut.- mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 12:48 PM | Show all posts
Dia ni meolls bole kategorikan sbg genius dalam penghasilan lagu dan juga lagu raya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 02:01 PM | Show all posts
the fak nak dekat 40 dah faggot ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 05:22 PM | Show all posts
KamikuP replied at 29-4-2025 12:48 PM
Dia ni meolls bole kategorikan sbg genius dalam penghasilan lagu dan juga lagu raya

pelapis m. nasir?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.049104 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list