CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 6

{EDISI KU TAK SANGGUP} Edika Enggan Bercerai

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 22-4-2025 05:51 PM

Petaling Jaya: Pelakon Edika Yusof, 58, berharap dapat menyelamatkan rumah tangganya dengan isteri, Nor Hidayah Yusri, 47, daripada perceraian, namun apa yang penting tetap kegembiraan wanita itu.

Edika berkata, pada usianya sekarang dan baru meraikan hari jadi ke-58 hari ini, jauh di sudut hatinya tidak menginginkan perceraian dalam rumah tangga dibina selama 22 tahun bersama Nor Hidayah.

"Sebenarnya kami tiada masalah sangat (dalam rumah tangga). Tapi, saya rasa mungkin juga sebab dia sakit selama 19 tahun ini yang kadang-kadang ada benda saya 'push' dia atau kadang-kadang mungkin 'over' sangat.

"Saya pun tak tahu apa sebabnya sampai dia nak bercerai. Namun buat masa ini, dia masih isteri saya walaupun kami tidak lagi tinggal bersama sejak tiga bulan lalu," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga dalam kebanyakan kes perceraian berlaku, pasangan sering dikaitkan dengan punca curang atau masalah keganasan rumah tangga, Edika bagaimanapun menafikan ada berlakunya dua perkara itu dalam rumah tangga mereka.

"Tiada curang, tanggungjawab semua okay. Tiada masalah besar pun. Saya sendiri tak tahu nak cakap ia berpunca dari keganasan atau apa, mungkin kadang-kadang saya marah atau dia marah, kita terlepas pandang.

"Mungkin juga ada perkara kecil yang berlaku dan dia kumpul, simpan dalam hati selama ini. Kita pun ada silap kita. Tak tahu ada percakapan kita yang tidak kita maksudkan dan kita bercakap lain, tapi dia (isteri) anggap lain. Jadi, mungkin dia sensitif.

"Itu yang saya nampaklah dan isu ini juga agak sensitif untuk diperkatakan," katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Aidiffitri 2025 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hotel Royale Chulan Damansara hari ini.

Menurut Edika yang mempunyai dua anak kandung bersama Nor Hidayah dan dua anak tiri hasil perkahwinan pertama wanita itu, dia sangat mengenali keperibadian isterinya.

"Saya kenal isteri saya sebelum sakit dan selepas dia sakit. Sakit yang dihidapinya adalah penyakit meningitis iaitu jangkitan kuman ke otak, jadi memang ada isu berkaitan mental juga. Tapi, saya pun harap isteri boleh pergi ke sesi kaunseling atau merujuk mahkamah untuk nasihat.

"Saya sendiri pun pernah berjumpa dengan kaunselor bermula 2022 lalu sebab kadang-kadang kita sebagai 'caretaker' pun ada masalah dan kita perlu melepaskannya.

"Malah, saya juga ada bercakap dengan isteri untuk dia mendapatkan rawatan dan nasihat pakar. Bahkan, untuk perceraian yang dia failkan ini pun saya mahu hadir ke sesi kaunseling bersama hakam," katanya.

Berbicara juga sebutan kes perceraiannya dan isteri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok, Edika berkata, semoga urusan itu berjalan dengan baik dan dia bersedia memberikan kerjasama.

Terdahulu, pasangan Edika dan Nor Hidayah menarik perhatian ramai apabila pelakon filem Maria Mariana itu didapati sanggup berkorban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak.

Namun, pada 24 Mac lalu peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkan wanita itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu.

Menurut Yazid, mahkamah menetapkan esok sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama pada bulan lalu.

Menerusi hasil perkongsian hidup dua dekad pasangan ini sejak 2003, Edika dan Nor Hidayah bahagia dengan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2025 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Maria mariana foreverrrr
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:57 PM | Show all posts
Edited by telracs at 22-4-2025 03:00 PM

~ edit ~
Bengonglah forum ni ..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:57 PM | Show all posts
Semoga yang baik-baik sahaja penghujungnya... Amein.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Selaku orang yang penah jaga orang sakit terlantar bertahun2, I paham je susah payah jaga orang sakit ni. Yang datang menjenguk pun bukan membantu, lagi membatu api ada la. Hantar ke nursing home berbayar, kita jugak dituduh buang rentua. Jaga sendiri, memacam tak kena kat mata orang.

Bertabah la pokcik Edika. Bawak la wife tu buat mental evaluation, boleh gi couple therapy. Selalunya caregiver n pesakit sesama burnt out.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2025 08:40 AM | Show all posts
Momohizan replied at 23-4-2025 01:00 AM
Selaku orang yang penah jaga orang sakit terlantar bertahun2, I paham je susah payah jaga orang saki ...

iye.,mmg penat mentally n physically
org sakit ni dah le terlebih sensitif
lambat sikit bagi makan merajuk
lambat tolak wheelchair merajuk
salute la org yg sabar jaga org sakit ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.071670 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list