CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1199|Reply: 36

[Tempatan] Nurse KK mulut longkang, perli bapa bawa bayi 8 bulan buat pemeriksaan kesihatan

[Copy link]
Post time 22-4-2025 04:03 PM | Show all posts |Read mode


Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan jururawat di klinik kesihatan (KK) yang dianggap kurang sensitif.

Semuanya bermula apabila suaminya membawa anak mereka yang berumur lapan bulan ke klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan rutin bulanan.

Menurut wanita itu, dia dan suaminya sudah bersetuju untuk berkongsi tanggungjawab menjaga anak mereka mengikut situasi masing-masing.

“Saya dengan suami dah setuju, dia pergi semua temu janji bulanan anak dekat KK. Saya pula akan ambil peranan jika anak masuk wad.

"Suami ada cerita, jururawat KK tanya mana maknya. Suami pun cakaplah mak dia payah dapat cuti," ujarnya memulakan cerita.

Difahamkan ketika sesi pemeriksaan dilakukan, jururawat sama sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang dianggap keterlaluan dan menyinggung perasaan.

"Jururawat tu pandang anak saya dan cakap... habislah dik, mak awak dah tak sayang awak.

"Reaksi saya macam... eh kau ni,” jelas pengadu yang terkilan dengan kata-kata jururawat berkenaan.

Reaksi itu membuatkan dia hanya mampu tergamam sambil memikirkan bagaimana jururawat itu boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada seorang anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa.

Tindakan jururawat itu mendapat perhatian warga maya yang menyifatkan ia sebagai tidak profesional dalam tugasnya.

Ramai berpandangan bahawa tugas menjaga anak seharusnya dikongsi bersama oleh ibu bapa tanpa prejudis terhadap peranan masing-masing.

“Boleh tahan jahat mulut nurse ni.

“Nurse pun bukan main menyibuk ya. Dah sama-sama buat anak, sama-sama la bawa anak pergi check KK.  

“Laaa nurse pun. Kita yang suri rumah pun memang suruh suami bawa anak pergi pemeriksaan bulanan dekat KK. Kita duduk, tunggu dan lihat je,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu netizen lain turut berkongsi pengalaman mereka yang melalui situasi hampir sama ketika membawa anak ke klinik kesihatan.

Ada yang menganggap soalan seperti itu sepatutnya tidak ditanya, apatah lagi jika ia boleh mengguris perasaan ibu bapa.

"Ketika saya pergi hospital, masa kena masuk ke triage, saya suruh suami bawa sebab kena naik atas penimbang dengan anak.

"Nurse pun sibuk nak tanya mak mana. Bapa sudah ada cukup la," kata seorang netizen.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Some people are born assholes.

Best thing to do, move on je la. Memang sakit hati tapi kasik limpas2 ja @ biar berlalu sebab kalau dilayan ka kita naik hangen ka nanti kita juga yang stress kena darah tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 05:45 PM | Show all posts
kenapa aku membayangkan nurse tu macam gurau gurauan aja?
netz jaman now tak boleh bawak bergurau?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 22-4-2025 06:25 PM

Org kerja gomen x faham yg kerja swasta susah cuti, malah majikan tak mau hire pekerja wanita yg baru kawen, yg mengandung dan yg dah beranak dan yg ada org tua sakit2 kena bawa hospital dan yg ada anak oku autisme sidrom down
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 22-4-2025 06:24 PM
Org kerja gomen x faham yg kerja swasta susah cuti, malah majikan tak mau hire pekerja wanita yg bar ...

gomen yelah laku time slip bagai. Kte yg swasta ni mmg kne apply cuti la citenye.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 06:36 PM | Show all posts
Kalau dengar dgn fikiran nurse tu bergurau...rasanya ok je. Tapi kalau nurse tu mcm sinis, mmg harus dikecam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2025 08:04 PM | Show all posts
sispaa aje
dapatkan nama nurse, time, date and location benda tu terjadi
give the details in your report
now bab2 nk complain ke nk puji perkhidmatan kerajaan kau sispaa aje
at least u had done your part
kang bubuh kat socmed kata tak ikut saluran betul
kita tgk bila sispaa masuk, ada tindakan ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Terasa mcm jururawat tu gurau jah tp maybe gurau kasar lah kene pulak kat new father memang nak kene lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 22-4-2025 06:24 PM
Org kerja gomen x faham yg kerja swasta susah cuti, malah majikan tak mau hire pekerja wanita yg bar ...

Ikut boss jugak.boss aii ok. Cuti nak bawak ank check up..cuti ank sakit & admitted..cuti raya..cuti activity sekolah ank..cuti nk p holiday tp dgn syarat semua paperwork submitted..tp boss aii cina andartu la
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena bising dgn nurse kkm sebelum masuk labour room
Dahla depa berdua
Malas nak layan
Nasib masa labour tu sampai habis deliver okay
Doc yg sambut je yg bising sbb dah tgh malam
Tgk citer omputih pun nurse2 stress sampai accident kereta haha
Nurse kat saudi je kot kerja best haha
Teringat kk dengkil kat dlm kampung cian nurse2 keja situ teruk fasiliti kat sana
Dah upgrade kot klinik tu huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Situasi depan aku. Nurse tu puji sornag bapak ni sebab dia yg bawa baby dia ch3ckup sorang2.
Terbalik pula kes ni. Apa problem entah kalau ayah yg bawa checkup baby? Aku lagi percaya kalau suami take over on medication anak2. Dia sennag nak ingat waktu makan ubat n jenis2 ubat anak. Kira dah boleh ganti doctor dekat rumah.Hahahaha.. tapi lelaki lahir 80 am sekarang memang sejenis take up n tlg wife dia. Tak heran pon
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gurau apa la mcm tu. Menyakitkan hati. Cakap mak x sayangkan anak. Hati aku yg baca pub terguris. Kerja is kerja. Kalau nak gurau...cakap..alololo mak tak dtg ye... bolehla acik nurse kawen dgn ayah kamu.. tu takla sesakit ckp mak tak sayang anak. Dahla baby kecik...mak tu sendiri maybe rasa bsalah kene keje. Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:28 PM | Show all posts
Setuju pembahagian tugas tapi baby pi check up memang mak kena ada lah. Bagi laki tu tugas lain boleh tak? Bangun malam buat susu pun mencabar kan?.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama aku berurusan dgn nurse kt KK utk semua anak2 aku dari tahun 2010 - 2021, ramai je yg baik2. Ada la seketul dua nurse yg mulut laser tp aku lantakkan je. Ada yg juga yg jenis bebel2, aku layankan je. Yg baik & suke menolong lagi ramai. Terima kasih utk nurse2 & dokter2 kt KK kelana jaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah_ary2 replied at 22-4-2025 08:15 PM
Terasa mcm jururawat tu gurau jah tp maybe gurau kasar lah kene pulak kat new father memang nak kene ...

Memang ada nurse gurau macam...pada aku biasa je.

Sensetif sangat...entahnye kalau mak nya pun nurse tu gurau mcm tu.

Tapi orang sekrang jenis cepat sentap sbb lufe pressure kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada ku pasti ada story misi2 KK ini. Kalau aku pun terasa dihambur. Dgn Bersungguh pastikan kesihatan anak, siap itu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 22-4-2025 12:04 PM
sispaa aje
dapatkan nama nurse, time, date and location benda tu terjadi
give the details in your r ...

I suka sispaa ni sejak JPM take over. Sispaa kkm laju ambil tindakan, within 3 days dah settle semua. Tapi I complaint kk putrajaya la, terus pengarah yang call iols. Tapi ni putrajaya kan, confirmlah kena laju.

Klu kelantan confirm 2 bulan pun belum settle.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 07:27 AM | Show all posts
gurauuu je kot ...
lainlah kalau dia kata macam tu "kat belakang" kita ...
jangan la sensetif sangat ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 08:17 AM | Show all posts
report sispaa la bodoh...saja nak buat content..untung2 boleh jadi affiliate
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 08:21 AM | Show all posts
tah ye tidak
jantan kelempuk pun skang da banyak buat cerita2 hassan ni
janji bairel
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 1.696817 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list