CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87|Reply: 0

[Tempatan] Kelantan negeri kedua paling selamat di Malaysia

[Copy link]
Post time 22-4-2025 03:40 PM | Show all posts |Read mode


KOTA BHARU – Kelantan disenaraikan sebagai negeri kedua paling selamat di Malaysia selepas mencatatkan indeks jenayah pada tangga kedua terendah hasil laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, melalui indeks itu, Kelantan mencatatkan skor 96 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Jenayah indeks itu melibatkan jenayah kekerasan, bunuh, mencederakan, harta benda, rogol, rompak serta mencuri.

“Justeru, Kelantan mencatatkan negeri kedua paling selamat selepas Sabah menerusi laporan terbaharu DOSM,” katanya semasa menjawab soalan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan memberitahu, masalah sosial dan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang melibatkan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu kepada negeri-negeri tertentu sahaja.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.645528 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list