View: 706|Reply: 11
|
[Tempatan]
Tahun ke 20 kahwin baru dapat anak
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Penantian suami isteri untuk menimang rezeki cahaya mata dimakbulkan Allah dengan kelahiran seorang bayi perempuan, iaitu selepas 19 tahun usia perkahwinan mereka.
Menerusi video dikongsikan Pakar Fertiliti & Ginekologi, Dr. Salleha Khalid pada TikTok, pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Syed Samsul dan Nor Asniah dikurniakan bayi perempuan, Sharifah Amanda Raudhah yang lahir pada 16 Januari lalu.
“Pada tahun 2024, kami mulakan untuk buat rawatan dapatkan anak. Tahun 2024 merupakan tahun ke-19 kami mencuba berjuang dapatkan Amanda.
“Alhamdulillah 16 Januari lahirlah bayi kami Amanda. Tahun ni juga merupakan tahun paling manis, tahun ke-20 usia perkahwinan kami. Alhamdulillah diraikan bersama bayi kami,” katanya pada video tersebut.
Nor Asniah turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa yang masih berjuang menanti-nantikan kelahiran zuriat mereka.
“Kepada pejuang di luar sana, jangan pernah putus asa. Insya-Allah, Allah dah tentukan rezeki sesuatu untuk kita, Allah berikan sesuatu tepat pada masanya.
“Saya juga yakin setelah 20 tahun, ni masa tepat Allah beri kami cahaya mata ditunggu-tunggu. Jadi insya-Allah terus berusaha sabar dan paling penting sentiasa berdoa kepada Allah,” ujarnya.
Perkongsian itu mengundang sebak dalam kalangan orang ramai selain ada yang memuji dan mendoakan keluarga tersebut.
“Akak ni bersalin umur 43. Jadi aku ada masa lagi untuk cuba. Terima kasih kak bagi semangat semula,” komen seorang pengguna TikTok.
“Lamanya 19 tahun menanti. Tahniah kerana suami setia dan akhirnya, tiba jua cahaya mata yang dinanti,” kata seorang individu.
“Alaa ayat dia. Walaupun tahun ke-20, inilah waktu yang paling tepat. Hanya Allah yang lebih mengetahui,” kata seorang lagi pengguna TikTok.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suami setia tak cuba yang lain? Dah check dia punya sperm count?
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan meols tahun nie dah 18 tahun kawen, belum ada rezeki anak, dia pun masuk early 40's. Now both hubby and wife dah tak minat nak bela anak lagi. Both dah redha, dan lebih suka hidup berdua. |
|
|
|
|
|
|
|
2 dekad tunggu
Harap dapat tambah lagi anak pada pasangan ini  |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dapat suami yang penyabar dan x sewenang2nya salahkan wife... dan juga keluarga mertua kena faham... bnyk jd baru kawin 3-4 thn x der anak mak mertua dah kenen2kan suruh anak lelaki dia kawin lain & si jantan pun apa lagi ambik peluang berbini baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dapat suami yang penyabar dan x sewenang2nya salahkan wife... dan juga keluarga mertua kena faham... bnyk jd baru kawin 3-4 thn x der anak mak mertua dah kenen2kan suruh anak lelaki dia kawin lain & si jantan pun apa lagi ambik peluang berbini baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Mesti da pass level sabar diorg ni. Syukurr |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 22-4-2025 02:53 PM
Suami setia tak cuba yang lain? Dah check dia punya sperm count?
kalau dh buat ivf tu sperm count la yg kena cek dulu khen |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 22-4-2025 04:32 PM
kawan meols tahun nie dah 18 tahun kawen, belum ada rezeki anak, dia pun masuk early 40's. Now both ...
Suruh usaha je uols ..ikhtiar. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 23-4-2025 12:56 AM
Suruh usaha je uols ..ikhtiar.
Mereka sendiri dah tak berminat nak ada anak, takkan kita org luar nak paksa kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|