“Kenapa Amira sahaja yang ada dalam video tersebut? Nampak sangat sebagai orang istimewa.
“Eh terkejut hanya ada Amira dan Fattah sahaja dalam video itu. Orang lain memang tak wujud ke dalam dunia cinta mereka?
“Wajah Amira dalam video Fattah seperti menjawab semua persoalan. Sedikit demi sedikit Fattah beri ‘hint'” usik netizen.
Terdahulu, hubungan Fattah dan Amira mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu. Mereka berdua juga sering tampil sedondon sewaktu mempromosikan jenama baju raya terkenal.
Fattah turut menafikan desas desus dia akan menamatkan zaman dudanya bersama Amira dalam masa terdekat.
Sumber: Kosmo