CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 1

[Tempatan] Kanak-kanak autistik hilang keluar dari rumah di Tuaran

[Copy link]
Post time 20-4-2025 09:15 PM | Show all posts |Read mode


Tuaran: Kanak-kanak autistik berusia lima tahun dikhuatiri hilang dari rumahnya di Kampung Bahagia Dua, Tamparuli di sini, hari ini.


Kanak-kanak terbabit dikenali Muhd Aniq disedari hilang kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi oleh ahli keluarganya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Tamparuli berhubung kejadian terbabit pada jam 1.52 tengah hari.


Katanya, sebaik menerima panggilan itu, seramai 12 anggota termasuk dua anggota unit anjing pengesan (K9) bergegas ke lokasi berserta satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


"Sebaik tiba, pasukan bomba melakukan pencarian di kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan keluasan radius sejauh 300 meter dengan bantuan unit anjing pengesan K9.


"Bagaimanapun, sehingga jam 7 malam tadi, operasi pencarian terpaksa ditangguhkan atas arahan PDRM dan akan disambung pada esok," katanya kepada media, hari ini.


Katanya, operasi SAR turut disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 02:47 AM | Show all posts
Hrp ditemui dlm keadaan selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053235 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list