CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 8

[Tempatan] Bangla Seludup Ubat Masuk Malaysia Bekal Di Farmasi Haram

[Copy link]
Post time 20-4-2025 01:12 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Warga Bangladesh yang tiba di Malaysia sebagai pekerja atau pelancong, dikesan bertindak ala 'tentera semut' apabila terbabit menyeludup masuk ubat-ubatan dari negara asal untuk dibekalkan kepada premis niaga yang beroperasi sebagai farmasi haram bagi kegunaan rakyat negara itu yang berada di sini.


Kumpulan warga asing itu membawa sejumlah ubat-ubatan atas alasan untuk kegunaan sendiri, bagi mengabui pemeriksaan yang dijalankan pihak berkuasa dan mengelak ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Sumber berkata, perbuatan menyeludup bekalan ubat itu disyaki dilakukan secara berkumpulan dengan menampakkan ubat-ubatan terbabit dibawa masuk dalam kuantiti 'runcit' memenuhi alasan untuk kegunaan sendiri, tetapi pada kadar maksimum yang dibenarkan.


Sumber lain yang rapat dengan kawalan sempadan, pula berkata kegiatan itu turut membabitkan sindiket yang turut menggunakan penumpang lain bagi membawa ubat dalam kuantiti yang munasabah untuk kegunaan sendiri bagi melepasi pemeriksaan di KLIA.


Permintaan terhadap ubatan dari negara asal yang dibawa masuk itu mempunyai pasaran tinggi dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di negara ini kerana mahu mengelak daripada membayar mahal jika membeli dari farmasi swasta.


Hal ini kerana, mengikut Polisi Operasi Farmasi Ambulatori terbitan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM), ubat-ubatan yang dibekalkan kepada warga asing yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) di fasiliti KKM perlu dihadkan kepada tempoh lima hari.


Pesakit warga asing akan diberi dua preskripsi oleh doktor iaitu bekalan dari fasiliti KKM bagi tempoh lima hari dan bekalan seterusnya jika perlu yang mana ubat-ubatan perlu dibeli di luar fasiliti KKM (farmasi swasta) oleh warga asing berkenaan.


Sumber berkata, ubat-ubatan yang dibawa masuk itu pula dijual kepada pihak tertentu di negara ini, termasuk premis yang turut beroperasi sebagai farmasi atau klinik haram.


Katanya, yang dibimbangkan ialah, sama ada ubat yang dibekalkan itu selamat untuk dimakan dan mendapat kelulusan pihak berkuasa ubat di negara ini.


"Warga Bangladesh terbabit membawa ubat-ubatan itu dalam kuantiti yang sedikit dengan alasan untuk kegunaan sendiri. Ia adalah ubat dari Bangladesh.


"Jika ubat-ubatan itu dibawa dalam kuantiti dibenarkan dalam peraturan seperti untuk kegunaan sendiri, biasanya ia memang akan melepasi pemeriksaan di lapangan terbang," kata sumber.


Siasat modus operandi


Bagaimanapun sumber berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti modus operandi warga asing yang membawa masuk ubat-ubatan dari luar itu, sama ada membabitkan individu sama atau berbeza, selain kerap ditugaskan membuat 'penghantaran' atau sebaliknya.


Semakan awal Jabatan Imigresen baru-baru ini, mendapati warga asing yang membawa masuk ubat-ubatan ke Malaysia adalah pemilik Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sektor perkhidmatan, pembinaan dan ada yang tinggal lebih masa di negara ini.


Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, mengesahkan kegiatan itu dan kuantiti ubat yang dibawa adalah kecil.


"Bekalan ubat dibawa masuk secara runcit (dalam kuantiti dibenarkan) dan bukan dibawa masuk dalam kuantiti yang banyak," katanya.


Selain warga Bangladesh yang mengusahakan klinik secara haram, Zakaria tidak menolak kemungkinan terdapat warga asing dari negara lain yang menjalankan kegiatan itu.


Bagaimanapun, beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan bagi mengumpul lebih banyak maklumat.


Mengikut garis panduan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, pelancong atau mana-mana individu yang pulang dari luar negara boleh membawa ubat-ubatan untuk kegunaan peribadi, berdasarkan keperluan.


Untuk membawa masuk ubat-ubatan dari luar negara ke Malaysia, sesiapa saja perlu mematuhi Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.


Bagi mereka yang hendak membawa ubat untuk kegunaan peribadi ke negara ini, kerajaan menetapkan ia hanya tertakluk bagi diri sendiri atau salah seorang ahli keluarga dengan kuantiti munasabah, iaitu tidak melebihi satu bulan penggunaan setiap individu.


Kuantiti yang dibenarkan bagi satu bulan ditentukan mengikut label dos produk yang dibawa masuk.


Selain itu, ubat-ubatan terkawal yang mengandungi dadah berbahaya seperti ganja atau narkotik yang boleh disalahgunakan atau menyebabkan kebergantungan, perlu diisytiharkan ketika ketibaan di pintu masuk sempadan Malaysia.


Untuk ubat-ubatan preskripsi yang dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989, preskripsi yang sah atau surat dari doktor yang merawat di luar negara perlu dibawa bersama apabila tiba di Malaysia.


Preskripsi mestilah dalam bahasa Inggeris dan jika dalam bahasa lain perlu disertai dengan terjemahan.


Tambahan pula, ia perlu dilengkapi dengan maklumat nama ubat dan dos diperlukan berserta dengan kuantiti dibawa.


Sekiranya warga asing berkenaan datang ke negara ini untuk tinggal melebihi sebulan dan memerlukan bekalan ubat-ubatan berterusan, mereka dinasihatkan untuk berjumpa dengan pengamal perubatan berdaftar atau doktor di negara ini bagi mendapatkan preskripsi dan bekalan ubat. -BH Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 01:42 PM | Show all posts
- Hal pati dari seantero asia masuk tak nak keluar.
- Hal bangla seludup ubat / buka klinik and pharmacy
- Hal counter setting pun belum tangkap semua.
- Masalah lesen alibaba bagi pati tak setel
- Anak pati menyamar local minta iic
- Hal bendera
- Hal tanah
- Hal bayar saman
- Lain-lain hal
Busy betul malezia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 02:23 PM | Show all posts
Kita sini suda ramei. Banyak merchants kita ada, kidai runcit, jual gas, minyak masa, jual sayur, jual sireh, kidai handphone, prepaid card, kidai baju, klinik pharmacies pun ada. Kalu kita mau boikot kidai tempatan pun bole. Bini tempatan saja kita tada mau boikot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 20-4-2025 02:23 PM
Kita sini suda ramei. Banyak merchants kita ada, kidai runcit, jual gas, minyak masa, jual sayur, ju ...


bini misti mau cari Msia parampuan...mau sinang buat lesen....buat anak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 02:43 PM | Show all posts
Skuau replied at 20-4-2025 02:30 PM
bini misti mau cari Msia parampuan...mau sinang buat lesen....buat anak...

Bini tempatan kawin kita misti tada menyesal. nanti bole kaya, tapaya kirja. Nanti anak misti ensem srupa kita mixed-blood pan-asean, bijaksanah, sumua quality ada srupa saiya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Org nak makan ubat murah pun kena halang. Bukan depa saja2 nak makan ubat dah sakit cari ubat la dah x mampu ubat mahal makan le ubat murah ... Klau dadah tu betul la kena banteras. Ini cite ubat generic ngan x generic je rasanya. Padahal resepi ubat sama je asal ada brand je terus jadi mahal ubatnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2025 03:28 PM | Show all posts
So apa masalahnya? tak kan jeles kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Topik feveret acik Skuau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046774 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list