ANAK Rozita Ibrahim tampil membidas kenyataan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berhubung dakwaan dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan usahawan berkenaan.
Maryam Nur Imani menganggap kenyataan dikeluarkan Rebecca, 39, tentang keluarganya seolah-olah sedang bercakap kepada diri sendiri.
Malah Imani tanpa berselindung menyifatkan pelakon itu sebagai menjijikkan.
"Kata seorang yang gila pengikut dan kemasyhuran. Salah orang kau nak kacau?
Cakap dekat diri sendiri. Awak sangat menjijikkan," katanya menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.
Imani turut memuat naik paparan skrin hantaran milik Rebecca yang meluahkan rasa geram terhadap seorang individu yang digelar makcik bodoh.
Rebecca turut menyifatkan individu berkenaan sudah salah orang hendak menganggunya.
Video dan hantaran tersebut dipercayai ditujukan kepada Shahida yang juga isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.
"Saya rasa Datin (merujuk kepada Shahida) tak bodoh, yang bodoh itu awak.
"Awak tak faham apabila mak saya cakap dia tak nak sesiapa muat naik foto atau video tapi awak masih lakukannya," katanya.
Pada malam Jumaat, Rebecca muncul dengan sebuah video penjelasan bagi menjawab tuduhan kononnya dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan usahawan tersebut.
Ia susulan Rebecca dilihat sering memuat naik foto pasangan berkenaan di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
Apa mencuri perhatian, Rebecca memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dalam video berkenaan dipercayai milik Shahida.
Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.
Anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya bercerai dengan bapanya iaitu Saiful Anuar Hashim.
Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu. - mStar
|