View: 1161|Reply: 5
|
[Dunia]
Orang kaya sanggup bayar, pencuci mulut tahi gajah berharga RM2,300
[Copy link]
|
|
Sebuah restoran mewah mencetuskan kontroversi apabila menawarkan tahi gajah sebagai hidangan pencuci mulut kepada pelanggan.
Set menu itu menjanjikan pengalaman makan ‘asli’ bertemakan hutan hujan dengan menghidangkan daun pokok, bongkah ais bersalut madu dan pencuci mulut daripada najis gajah kering yang disterilkan.
Set yang merangkumi 15 jenis hidangan tidak termasuk minuman itu berharga 3,888 yuan (RM2,349).
Sajian itu menampilkan tahi gajah berupa serbuk rangup, yang diletakkan minyak wangi herba, jem buah-buahan, debunga dan sorbet madu.
'Lawatan pencuci mulut' turut disediakan bagi membolehkan pelanggan memilih sendiri pewangi herba dan jem buah mengikut citarasa.
Seperti yang didakwa netizen sebagai 'lokasi eksperimen baharu', restoran yang terletak di Shanghai, China ini menyajikan hidangan luar biasa.
Pengasas restoran berasal daripada kumpulan etnik Blang di China dan Perancis itu dikatakan menghabiskan masa tujuh tahun bagi mengkaji hutan hujan Yunnan sebelum tercetusnya konsep terbabit, seperti dilaporkan oleh Jiupai News.
Sementara itu, pada 7 April lalu, seorang blogger makanan dengan 400 ribu pengikut di RedNote berkongsi pengalamannya menerusi posting video, mempromosikan keunikan sajian di restoran itu.
Dia mendedahkan ritual makan berkonsepkan ‘masakan gabungan ekologi’ yang bermula dengan tetamu memetik daun secara langsung daripada tumbuhan, mencelupnya ke dalam sos kemudian dimakan secara mentah.
"Benar-benar menjijikkan dan menakutkan. Saya berasal dari Yunnan, tetapi kami semestinya tidak makan tahi gajah di sini," demikian antara komen netizen.
Selain itu, ada yang menyifatkan hidangan sebegitu menggambarkan suatu penghinaan besar kepada golongan kaya berdasarkan tanggapan mereka yang sanggup menjamah apa jua jenis makanan.
Undang-undang Kebersihan Makanan China mewajbkan penyediaan makanan bebas toksik, tidak berbahaya dan memenuhi standard piawaian pemakanan, namun ia kekal menjadi tanda tanya sama ada pencuci mulut diperbuat daripada tahi gajah meskipun telah menjalani pembasmian kuman, memenuhi kriteria tersebut.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah biar jeler orang kaya makan tahi, I wont complain. |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat merepek.  |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 ada ungkapan 'only in America!'
Sekarang dah boleh tukar kot 'only in China!' sesuai perkembangan terbaru yang berlaku sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu orang kata bab makan ni, tolak (dibacakan dengan maksud melainkan) besi dengan kayu jer.
Sekarang tidak lagi... apa-apa pun boleh dah.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|