CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 2

Elak beri anak bawah 8 tahun minum 'slushies', bukan sebab manis tapi ada bahan lain boleh bahayakan nyawa budak

[Copy link]
Post time 17-4-2025 07:14 PM | Show all posts |Read mode


PASTI ramai yang peka tentang fakta pengambilan gula secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.


Sudah banyak kita lihat informasi atau iklan mengenai kandungan gula di dalam makanan dan minuman terutamanya air bergas, jus dan sebagainya sebagai peringatan agar sentiasa mengawal pengambilan bahan tersebut.


Mengulas lanjut, tahukah anda kanak-kanak bawah umur lapan tahun tidak sepatutnya minum minuman ais kisar atau 'slushies’?




Ya, amalan tersebut berpotensi memberi impak yang besar terhadap kesihatan kanak-kanak.


Penyelidik memberi amaran selepas terdapat beberapa kes kemasukan kanak-kanak ke hospital di Britain dan Ireland gara-gara slushy kerana ia mengandungi gliserol.


Bahan tersebut merupakan pewarna terang yang dipasarkan sebagai pemanis dan agen anti-beku.


Tahap gliserol yang tinggi sebenarnya membahayakan bahkan boleh mendorong kepada keracunan gliserol yang boleh mengakibatkan kejutan, kadar gula rendah dalam darah dan pengsan.


Menerusi kajian perubatan terbitan jurnal Archives of Disease in Childhood, penyelidik menyiasat peningkatan kes di Britain dan Ireland, dan mencadangkan agar kanak-kanak di bawah lapan tahun untuk mengelak daripada minuman itu sepenuhnya.


Penyelidik mengkaji rekod perubatan 21 orang kanak-kanak berumur antara dua hingga tujuh tahun yang memerlukan rawatan kecemasan selepas meminum ais kisar berperisa tersebut.


“Kebanyakan kes berlaku antara tahun 2018 hingga 2024 dan ramai kanak-kanak diserang sakit secara tiba-tiba dalam masa sejam.


“Kebanyakan kanak-kanak kehilangan kesedaran dan menunjukkan tanda-tanda keasidan darah yang tinggi serta paras gula rendah, manakala empat orang memerlukan imbasan otak dan seorang mengalami sawan.


“Bagaimanapun, kesemua pesakit menerima rawatan dan pulih dengan cepat,” kata penyelidik.


Mesin slushy dicipta di Amerika Syarikat pada tahun 1950-an, dan minuman ini tidak semestinya mengandungi gliserol kerana kandungan gula sedia ada boleh digunakan untuk mengelakkan ia membeku sepenuhnya.


Penyelidik mencadangkan bahawa peningkatan kes mungkin berkaitan dengan kebimbangan terhadap pengambilan gula yang tinggi, dan cukai gula yang telah diperkenalkan di Britain dan Ireland sejak beberapa tahun kebelakangan ini.




Agensi keselamatan makanan di kedua-dua negara tersebut sudah pun menasihatkan agar kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah tidak mengambil minuman slushy yang mengandungi gliserol.


Namun, penyelidik mencadangkan agar had umur itu dinaikkan lagi. Ini termasuk di London yang mana sekumpulan ibu bapa menyatakan sokongan mereka terhadap peningkatan had umur yang disarankan.


Seorang ibu, Elsa Qorri, 46, berkata, dia selepas kedua-dua anak perempuannya yang berumur lima dan tujuh tahun minum slushy tahun lalu.


“Mereka berdua mengalami ‘brain freeze’ dan tak boleh minum lagi. Saya tak akan belikan lagi sehinggalah mereka lebih besar,” kongsinya. — TheStar/AGENSI




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 08:07 PM | Show all posts
Sedapnya minum time panas terik
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 10:50 AM | Show all posts
bagi minum cendol je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053563 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list