Buntu Kawan Suka Pinjam Duit, Bila Minta Balik Bagi Alasan Menipu & Tak Ikhlas Menolong
Pelik betul orang pinjam duit tak reti bayar balik ni.
Bila cerita pasal hutang dan pinjam duit, ramai yang mengalami situasi serba salah apabila berhadapan dengan kawan seperti ini
Kalau sekali dua, mungkin tidak menjadi masalah besar jika mereka terlupa bayar. Tetapi jika dah selalu sangat pinjam dan sering bagi alasan untuk tidak membayar semula, memang patut kita marah.
Seperti apa yang berlaku kepada seorang lelaki baru-baru ini apabila dia berkongsi perangai kawannya yang suka meminjam duit tanpa membayar balik telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @Mohdhafidz711 di laman X, lelaki itu sampai serik untuk berkawan dengan orang baru kerana sering ditipu oleh kenalan rapatnya sendiri.
Menurutnya, kawannya itu kerap memberi alasan setiap kali dia meminta duitnya semula. Malah, kawannya itu siap berkata dia tidak ikhlas menolong.
"Memang hidup aku akan kawan dgn orang nak duit je ke; seriously penat. Kawan bertahun, tak pernah bayar balik.
Bila mintak balik, banyak alasan menipu dan kata tolong tak ikhlas.
Serik nak kenal orang buat kawan sekarang; benda sama asyik berulang," luahnya
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Sesetengah org ni risau, x bg pinjam semua hutang sblm ni terus x berbayar
Tp bile bg pinjam pun hampeh x berbayar jg.
Yang pemiutang jadi pengemis.
Siap kene ugut.
Post time 16-4-2025 09:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kwn iolss suka meminjam..alasan x cukup duit..gaji suami x dpt lg...tp barang kemas kan badan x surut pun... Raya baru ni nampak dia bl gelang tocang emas latest design... Kesian yg dia bg pinjam duit..rm50 pun bertahun x pulangkan..
kalau kita memang berkemampuan, masa bagi pinjam tu niatkan saja halalkan kalau betul2 kita yakin dia takkan mampu bayar balik. Kita pun rasa lebih tenang. Kalau awal2 kita dah yakin yang dia sebenarnya hanya nak ambil kesempatan, slow talk dan suruh jujur saja. Suruh dia berusaha cari duit dengan cadangkan kerja part-time etc.
Post time 17-4-2025 07:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Payah oi kalau yang suka pinjam.tapi tak bayo .
Iols ada la sorang dua mcm ni...
Bila dah masuk ratus2.ni..iols.bolayan.jelah..
Sebab yang sebelum2 ni pung tak bayo lagi...
Baik iols.belanja.anak2.atau adek beradek iols makan..
baru2 ni ada classmate masa sekolah rendah msg pepagi buta mintak pinjam duit rm300 xberagak yer...udahlah xpernah msg borak pon x..kenal pon 25tahun lepas tetibe msg nk pinjam duit...i ols cakap banyak sgt tu, i ols xda..dia boleh reply berapa ada?kemain...
lepas tu i ols sajer tanya classmate dlm group whatsapp lain personal, semua dapat msg yg sama...nampak na sajer nak meminjam test market
Post time 17-4-2025 09:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Jgn bagi pinjam kwn sbb endingnya mesti tak best sbb attitude si peminjam tu.
Meols lom hilang sedih sbb baru sedar selama ni kwn meols tu jdkan meols banker dia. Byk kali meminjam, tapi ada sekali meols ckp meols pon sesak, tros dia ghosting meols.
Bila ingat balik mcmana dia layan kwn2 lain yg bagi dia pinjam duit..baru sedar. Dah la pinjam duit kwn tu utk beli basikal utk laki jelajah seluruh Malaysia. Patu ghosting kwn tu tanpa byr hutang. Tukar nombor fon semua. Bila kwn tu cari adik beradik utk bgtaw sila contact. Abes mengamuk burukkan org tu.
Pdhal org yg bg pinjam duit ni dia dah korbankan duit simpanan, kesempatan yg dilepaskan semata2 nak tlg. Tp mmg attitude org yg suka pinjam ni mmg haram jadah.
Ujung2 baru tahu kalau ada 30 org kwn, 30 org tu lah dia pernah pinjam duit.
klu jenis gini, boleh lah minta beliyau cagarkan emas udang lipan ke..lipan bara ke..getah rambut ke..biskut lemak ke..pulut dakap ke dekat si pemberi hutang..
klu x, jgn bagi pinjam..hahaha..