View: 1229|Reply: 27
|
[Jenayah]
Pelajar Buat Perhimpunan Pegang Salib Dan Pakai Jubah Ku Klux Klan, UITM Kata Untuk Assignment, Sebahagian Daripada Tugasan!
[Copy link]
|
|
Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini mempertahankan sekumpulan pelajar yang memakai jubah Ku Klux Klan (KKK) di kampusnya di Dengkil, dengan mengatakan bahawa tindakan itu adalah sebahagian daripada tugasan berkaitan isu-isu perundangan.
Dalam satu kenyataan, UiTM juga berkata bahawa pihaknya tidak menganggap aksi tersebut sebagai sesuatu yang menyinggung sensitiviti agama, petik Free Malaysia Today.
“Pakaian tersebut adalah sebahagian daripada visual untuk membantu memberikan pemahaman dan penghargaan yang lebih baik terhadap topik yang dibentangkan,” katanya.
UiTM memberikan kenyataan itu sebagai respons terhadap sebuah video yang tular, yang menunjukkan pelajar-pelajar memakai jubah KKK dan memegang salib.
Universiti itu berkata bahawa pihaknya sentiasa menekankan nilai-nilai seperti toleransi, rasa hormat, dan kepekaan budaya dalam bidang akademik serta kekal komited terhadap pendidikan yang bertanggungjawab dan beretika.
'Pelajar Pakai Jubah Ku Klux Klan Untuk 'Assignment' – UiTM
UiTM harap perkara itu dipandang secara ilmiah
“Kami berharap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan mengelakkan sebarang salah tafsir terhadap tugasan yang telah dijalankan.”
Orang ramai turut digesa supaya menilai insiden tersebut melalui pandangan akademik serta mengambil kira konteks situasi berkenaan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai Ex UiTM , aku pon rasa benda ni kebodohan. Tak semua benda perlu lakonan semula untuk pemahaman. Assignment? Siapa lecturer yang bertanggungjawab? Xde bagi briefing ke apa yang boleh & tak boleh buat? Geram pulak aku ni. Masa aku kat uni dulu xde pulak assignment yang pelik2. Paling pelik pon setakat berlakon jadi mangsa kemalangan tempat kerja untuk subject OSH. |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana nak bersangka baik kalau dah sampai berarak dan photoshoot bagai. Assignment dan glorifying jauh beza ya. Cakap je la ko suka estetika white supremacist.
Percayalah, kalo lecturer dan badigol2 yg dlm jubah tu idop di US deep south dulu2, ko TERjeling pompuan kulit putih sket jah, nanti ko siaplah kena gantung kat pokok. Kat bwh tu ahli KKK dan white ppl berpiknik ala2 family day  |
|
|
|
|
|
|
|
Wow. Hebat dan liberal sungguh uitm.  |
|
|
|
|
|
|
|
semua yg terlibat tu muslim ke? dalam uitm tu bukan semua muslim chuolszahhh oiii
bumiputera tu ramai kristian dan lain2 agama juga esp orang asli dan bumi2 dari borneo...zaman aiols sebilik dgn aiols 1st yr 3 kristian kot. takde pulak aiols p convert jd kristian jugek
adehh |
|
|
|
|
|
|
|
Another social experiment untuk menguji tahap kesentapan ummah? Good to know.
|
|
|
|
|
|
|
|
No komen
Just nak lalu je |
|
|
|
|
|
|
|
student, lecturer, management ngan VC semuak sekufu  |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatut nya pakai seperti tamim warrior.... Baru ultra melayu.... Jadi KKK tidak cukup puteh... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku side ngn uitm. Yg pakat² share pon tadak koteks. Main share ja. Patu yg lain mcm biasa tambah perisa sendiri.
Yg idop dlm gua bwh batu pon 2x5,igt uitm kos law tu 100% mulayu gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat tapi kedekut nak keluar modal..
telekung pun kena belasah jadi prop..
yang pakai kain je tu sarung dari leher paling bodoh  |
|
|
|
|
|
|
|
KKK ni benda apa sebenarnya. Tahap jahat depa boleh lawan Zionist ke yg buat genocide tu. Nape byk org trigger? |
|
|
|
|
|
|
| |
|