CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2284|Reply: 55

[Tempatan] Lelaki maut dipatuk ular tedung selar

[Copy link]
Post time 15-4-2025 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
utusan.com.my
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
15 April 2025, 4:05 pm



SEORANG lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipatuk ular tedung selar ketika dalam perjalanan ke surau berhampiran rumahnya di Kampung Pelak di Pekan, Pahang.




PEKAN: Seorang lelaki, Zainal Azharuddin Zainal Abidin, 52, ditemukan maut dipercayai akibat dipatuk ular tedung selar ketika dalam perjalanan ke surau berhampiran rumahnya di Kampung Pelak, di sini malam semalam.

Menurut adik mangsa, Zainal Amri, 50, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam, ketika abangnya keluar menaiki kereta untuk menunaikan solat Maghrib di Surau Kampung Tanjung Chempaka, kira-kira 100 meter dari rumah mereka.


“Arwah sempat keluar dari kereta dan dipercayai ternampak seekor ular lalu berpatah balik mengambil sebatang buluh dari dalam kenderaan. Namun, ketika berpaling, arwah dipatuk pada betis dan rebah tidak jauh dari keretanya,” katanya.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh singkat akibat patukan berbisa itu tanpa disedari orang ramai.

Menurut Zainal Amri lagi, kawasan sekitar merupakan kebun kelapa dan sawit milik penduduk yang dikenal pasti sebagai habitat pelbagai jenis ular termasuk ular berbisa.

Kejadian hanya disedari awal pagi tadi apabila kakak mangsa, Zainol Aluyah Zainal Abidin, 58, menyedari ketiadaan arwah di dalam bilik sewaktu mahu mengejutkannya untuk solat Subuh.

“Kakak saya terkejut apabila mendapati arwah tiada di rumah. Dia kemudian keluar mencarinya dan ternampak kereta arwah berhampiran surau. Bila dihampiri, dia sangat terkejut melihat mayat adik terbujur di tepi kereta, kakinya dihurung semut dan terdapat kesan gigitan ular,” jelasnya.

Menurut keluarga, arwah yang masih bujang tinggal bersama kakaknya itu dan sering ke masjid atau surau berdekatan terutama pada waktu malam.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian akibat patukan ular berbisa.

Jenazah Allahyarham Zainal Azharuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelak sebelum solat Zohor hari ini. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2025 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihi rojiun
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu mzz ada kursus first aid, antara benda yang diajar adalah pasal snake bite. Seingat mzz, cobra bite ni within 20-30 minutes dah kiok. So kalau kena gigit, kena cuba restrict venom flow tu. Jgn duk sedut mcm dlm movie tu. Pastu maintain tenang.. kalau panic nnt lagi cepat venom tu tersebar.

In theory lah ni..in real life kalau dah kena gigit meolls pun tak tau meolls akan ingat semua ni ke tak ke redha je berserah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 06:33 PM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bersama para solehin arwah ni. Rajin g masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kenape la keluar kete??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2025 11:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 15-4-2025 06:13 PM
Haritu mzz ada kursus first aid, antara benda yang diajar adalah pasal snake bite. Seingat mzz, cobr ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
netto_ replied at 15-4-2025 06:43 PM
Semoga bersama para solehin arwah ni. Rajin g masjid.

aminn
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 11:45 AM | Show all posts
burung hantu kena jaga, biawak pun jgn dibunuh,ini antara haiwan yg kawal populasi ular
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana boleh tau dia keluar keta nak p ketuk ular tu pakai buluh..bukan ada org nampak kejadian dia dipatuk ular. Maybe ular dah dalam kete kena patuk dalam kete?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 12:31 PM | Show all posts
grouper replied at 16-4-2025 12:00 PM
Macam mana boleh tau dia keluar keta nak p ketuk ular tu pakai buluh..bukan ada org nampak kejadian  ...

dashcam agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ula sawa fatulutut badaroh, fi hausfital min taubat....

Dan artinya, ular sawa patuk lutut berdarah, pi hospital mintak ubat!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 12:42 PM | Show all posts
Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 12:44 PM | Show all posts
Allahukbar.. asbab dah ajal. teringat kat ayah kt kampung yg hari2 ke kebun sawit tu. semoga dilindungi hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nurul8001 at 16-4-2025 07:55 PM

Innalillahiwainnailaihirajiun
Meninggal dalam perjalanan ke surau
Moga ke jannatul firdaus.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2025 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 16-4-2025 11:45 AM
burung hantu kena jaga, biawak pun jgn dibunuh,ini antara haiwan yg kawal populasi ular

Ooo biawak pun mkn ular ye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pakai kasut boot panjang jangan masuk kebun la weyhh.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 16-4-2025 02:03 PM
Ooo biawak pun mkn ular ye?

Biawak makan telur ular
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 16-4-2025 11:45 AM
burung hantu kena jaga, biawak pun jgn dibunuh,ini antara haiwan yg kawal populasi ular

Tu la aku tak suka orang bela burung walit sbb penternak burung walit bunuh burung hantu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.076887 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list