CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 19

Pelajar malas hadir jamuan raya, ‘gelabah’ cikgu larang mekap... Wanita terkejut ‘diserang’ sebab beri nasihat

[Copy link]
Post time 15-4-2025 11:04 AM | Show all posts |Read mode


SEORANG individu mendakwa dirinya dikecam selepas meninggalkan komen pada satu posting yang dilihatnya di TikTok.


Posting tersebut menunjukkan seorang gadis meluahkan rasa berat hati untuk menghadiri jamuan Hari Raya di sekolah hanya kerana tidak dibenarkan mengenakan solekan.


Menceritakan semula apa yang berlaku, individu berkenaan berkata dia meninggalkan komen pada hantaran itu, menasihati pelajar tersebut supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa mengeluh.




Menurut wanita itu, jika pelajar berkenaan berasa tidak selesa atau terbeban dengan syarat yang ditetapkan, dia boleh memilih untuk tidak hadir ke majlis tersebut.


"Maaf cakap tapi saya rasa budak dekat TikTok sangat tak boleh 'disentuh' (tegur). Macam tadi ada lalu satu content (kandungan) ni.


"Budak tu luah la cakap dia malas nak pergi jamuan raya sebab nak mekap semua tak boleh.


"Jadi saya cakap ikut je la peraturan tu. Kalau rasa tak boleh ikut, jangan pergi," ujarnya dalam hantaran tersebut.


Bagaimanapun wanita itu berkata, dia terkejut apabila komen tersebut mengundang kecaman hebat daripada segelintir warganet yang bersimpati dengan nasib pelajar berkenaan.


Menerima respons yang tak disangka-sangka seperti itu membuatkan dirinya mempersoalkan adakah tegurannya adalah satu tindakan yang salah.


"Lepas tu ramai gila yang serang dan kecam, salah ke? Semua sekolah macam tu (tetapkan peraturan). Tapi bagi la nampak muka tu 'hidup' sudah la kan.


"Enjoy je la zaman sekolah. Nanti sudah habis sekolah, sumpah rindu semua (kenangan) tu.


"Tak mati pun (tak mekap). Datang jamuan pun nak makan. Lama-lama nanti mekap tu hilang juga," katanya lagi.




Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka semasa zaman persekolahan dahulu yang jauh lebih bersederhana dalam penampilan berbanding pelajar zaman sekarang.


Ada juga yang meminta supaya mereka yang bergelar pelajar tahu batas dan tidak perlu terlalu taksub dengan solekan pada usia muda.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2025 01:10 PM | Show all posts
soalan saya : sejak bila sekolah menganjurkan jamuan raya yea? tahun berapa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 01:29 PM | Show all posts
chikumanis replied at 15-4-2025 01:10 PM
soalan saya : sejak bila sekolah menganjurkan jamuan raya yea? tahun berapa tu?

aik? pernah sekolah ke tak ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 09:16 AM | Show all posts
Rajinnya budak2 nk tepek bedak nk pegi sklh. Acik dulu asal muka x nmpk mcm zombie je
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 09:33 AM | Show all posts
chikumanis replied at 15-4-2025 01:10 PM
soalan saya : sejak bila sekolah menganjurkan jamuan raya yea? tahun berapa tu?

boarding school agak common jamuan raya, sekolah harian lately ni macam selalu buat dah
tengok PIBG rajin ke tak nak buat



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Rsnye sejak anak2 iolss sekolah start dr sjkc sampai ke SMK mmg setiap perayaan akan sambut...paling meriah ms anak sjkc la...dpt goodies beg beso penuh sarat tangan...dengan parent sponser mcd,KFC,marrybrown...parent cina tempat anak iolss belajar martial art citer dia oder je kat marrybrown...nanti wife dia ambik dekat kul 10pg serah pd cikgu kelas... Settle mslh...

Anak sulung iolss ckp budak2 sekolah dia mmg make up bapak meriah ms jamuan hari raya...cikgu x bg pun dia org pakai gak... Nak bt mcm mn..bukan seorg Dua pakai...dengan baju kebaya mcm2 jenis...anak India dan cina pun berkebaya modern.. comei2 je tgk...

Lupa pulak anak iolss yg SMK citer nanti duk kat dewan...nanti cikgu akan announce kan pakaian baju raya siapa paling meletup gebabom..paling ensem...bl dah Ade mcm ni faham2 la anak2 remaja mmg all out la Ms Jamuan hari raya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2025 09:48 AM | Show all posts
Parit.Hilton replied at 15-4-2025 01:29 PM
aik? pernah sekolah ke tak ni

if nak cakap masuk sekolah tahun 2000, lupa kan lah...sebab tahun 80-90's tak rasa jamuan raya ni macam wajibulghunnah'arif

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 09:51 AM | Show all posts
dekmieDandy replied at 16-4-2025 09:33 AM
boarding school agak common jamuan raya, sekolah harian lately ni macam selalu buat dah
tengok PIBG ...

tak rasa melibatkan pibg sebab majlis sekolah yang buat. sumbangan dari segi duit dan makanan, dari murid melalui parents. tapi masalahnya sekarang tak dibenarkan mekap ketika majlis jamuan raya disekolah. janganlah fully mekap macam segala mala nak ditepek dekat muka. takat eyeliner sikit n lipsgloss ok kot. usahla pondesen, blusher, glitter, shading bagai tu kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2025 11:23 AM | Show all posts
ina_na replied at 16-4-2025 09:47 AM
Rsnye sejak anak2 iolss sekolah start dr sjkc sampai ke SMK mmg setiap perayaan akan sambut...paling ...

haaaa....betul! otomatikli, dia dikenali juga sebab dapat awards kebabom kan. masa anak sy sekolah rendah keb, memang ada parents yg akan sponsor goodies atau set2 fastfoods ni. lagi2 parents yg sambut besday anak bulan tu. tapi kena inform awal2, jadi parents lain tak menyumbang banyak2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 11:32 AM | Show all posts
now sekolah bagitao siap2 yer, tahun 1 bawak rendang tahun 2 bawak asi himpit etc etc...lepas tu cikgu plak tu yg belikan, pilih bukan kedai biasa2 yer...kita tggl derma je...dulu2 suka2 budak & mak bapak nak bawak apa..kesian pd yg xberkemampuan..dulu2 boleh la bawka agar2 ke yg budget wise..now, no choice..even sebut derma kita paham2 la buat kutipan tu mcm compulsory..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 11:35 AM | Show all posts
chikumanis replied at 16-4-2025 09:51 AM
tak rasa melibatkan pibg sebab majlis sekolah yang buat. sumbangan dari segi duit dan makanan, dar ...

ouu, gitu yer, aku ni selalu assume kalau ada involvement dari sekolah dengan parents, terus jadi PIBG

kitonyo takdok anak, tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 12:12 PM | Show all posts
chikumanis replied at 15-4-2025 01:10 PM
soalan saya : sejak bila sekolah menganjurkan jamuan raya yea? tahun berapa tu?

x sekolah kat malaysia ya..?

iouls sekolah zmn 80-an (87 mcm gitu....) dah ada jamuan raya...
sampai la...anak iouls pun ada lagi jamuan raya..cuma skrg makanan dasyat2 la...hebat2 belaka...
zaman iouls mmg biskut2 raya....gitu...
mak iouls selalu akan bakar kan cake untuk di bawa...dan kita boleh pi kelas2 lain beraya...
tp pakai baju sekolah jahhh....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 01:42 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 16-4-2025 12:12 PM
x sekolah kat malaysia ya..?

iouls sekolah zmn 80-an (87 mcm gitu....) dah ada jamuan raya...

tahun 87?? wahhhh, dari berzaman dah sekolah menganjurkan jamuan raya diantara kelas kelas yea. dah 38tahun masih mengekalkan tradisi jamuan disekolah. seronok betul. sekolah zaman sekarang ni, menu memang wajib untuk setiap murid. kalau 1 kelas ada 30 murid, 30 menu lah terhidang atas meja. meriahnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 01:44 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 16-4-2025 11:35 AM
ouu, gitu yer, aku ni selalu assume kalau ada involvement dari sekolah dengan parents, terus jadi  ...

sebab pibg anak senyap je, tak ada pun berkutik pada jamuan raya disekolah ni. saya assume, pibg tak terlibat pun. tapi mungkin, mungkinnnnnn pibg sekolah anak saya sahaja kot. sekolah sekolah lain, mungkin ada keterlibatan pibg dan sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 01:47 PM | Show all posts
no wonder, anak dara cakap, nanti nak pinjam pondesen ibu, nak pinjam blusher, nak pinjam cp la...bila tanya untuk apa? dia cakap untuk majlis raya jumaat ni. saya tanya, dibenarkan ke? dia gelak je.

yang kecil tu pun sama naik, cakap nak pinjam blusher je, nak bagi pipi nampak pinkish pinkish sikit..alahai anakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
chikumanis replied at 16-4-2025 11:23 AM
haaaa....betul! otomatikli, dia dikenali juga sebab dapat awards kebabom kan. masa anak sy sekolah ...

Anak sulung iolss jumaat ni jamuan hari raya..kn bayo 3 hinggit...sekolah oder makanan.. tp anak iolss nak bawak air gas...biasa mmg bawak air je...makanan ramai gila yg bawak...air gas terlajak laris ari jamuan SMK... Make up tu dah mmg nye la...geng2 student perempuan ms ni semua peraturan langgar abis ... Melayu, Cina,India semua melaran kaw2... Tu sbb bila viral bukan Melayu sambut hari raya pakai baju kurung,kebaya,baju melayu iolss x heran..sbb terbiasa jamuan hari raya kat sekolah melaram habisan ye..lelaki perempuan pun..bersamping2... Sungguh la parent dia org ye melayan anak2

Tuk si adik x tau lg..sbb thn lps bt 2 jamuan..satu ustaz bt kat bilik kelas agama..tu masing2 bawak dr rumah...yg sekolah bt thn lps makan ramai2 kat dewan, bawak blk goodies beg...tu pun persatuan cina yg bt donation... Makanan sekolah oder... Thn2 sblm tu kumpul2 makanan,goodies beg dlm kelas... Tukar guru besar tukar cara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2025 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
chikumanis replied at 15-4-2025 01:10 PM
soalan saya : sejak bila sekolah menganjurkan jamuan raya yea? tahun berapa tu?

Sejak dulu.dr zaman along sy sekolah lg.along sy dah 40an dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 01:21 PM | Show all posts
ina_na replied at 16-4-2025 09:50 PM
Anak sulung iolss jumaat ni jamuan hari raya..kn bayo 3 hinggit...sekolah oder makanan.. tp anak i ...

ayat yang last tu betul...tukar je gb, tukar lah cara sambutan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 01:23 PM | Show all posts
hasniey replied at 16-4-2025 11:46 PM
Sejak dulu.dr zaman along sy sekolah lg.along sy dah 40an dah

waaahhh dah berkurun rupanya yea. sy jelah tak ada memori bila adanya jamuan macam ni. baik, terima kasih info
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
chikumanis replied at 17-4-2025 01:21 PM
ayat yang last tu betul...tukar je gb, tukar lah cara sambutan

Kan... Lain guru besar lain cara...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.506776 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list