Edited by tatod at 12-4-2025 11:49 AM
HONG KONG: Pelakon, Ku Feng ditemukan tidak bernyawa di kediamannya dekat sini, baru-baru ini.
Kematian Aktor berusia 94 tahun itu disahkan oleh rakannya yang juga pelakon, Barry Wai.
Media tempatan pelakon itu ditemukan mati kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan.
Punca kematiannya masih dalam siasatan.
Wai dalam perkongsian menerusi platform Douyin baru-baru ini menyifatkan mendiang seorang yang banyak membantu kenalannya yang dalam kesusahan.
”Pakcik Ku sudah tiada. Saya bersyukur kerana mengenali mendiang,” katanya. - Utusan
|