CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 1

Kad undangan perkahwinan tersebar, Luna Maya nikah 7 Mei di Bali

[Copy link]
Post time 10-4-2025 11:54 AM | Show all posts |Read mode


PELAKON Luna Maya dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya iaitu aktor Maxime Bouttier pada 7 Mei 2025.

Suara.Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat Maxime melutut dan menghulurkan sebentuk cincin ke arah Luna semasa mereka bercuti di Jepun.

Untuk rekod, hubungan cinta Luna dan Maxime mula dihidu peminat sekitar tahun 2023.

  


Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk berdiam diri dari mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut kerana perbezaan umur di antara mereka.

Suara.com melaporkan, kad undangan perkahwinan kedua-dua selebriti itu sudah pun tersebar dan mereka bakal dinikahkan di Ubud, Gianyar, Bali Indonesia.

"Save the Date untuk pernikahan Luna dan Maxime. 7 Mei 2025 - Bali, Indonesia," tulis kenyataan dalam kad undangan tersebut.



Susulan tersebarnya kad undangan perkahwinan itu, ramai peminat tertanya-tanya siapa tetamu yang bakal diundang ke majlis perkahwinan mereka.

Sebelum ini, Maxime memberanikan diri melamar Luna untuk menjadi pasangan hidupnya.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh pelakon filem Sumala menerusi hantaran Instagram miliknya. -mStar





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 05:30 PM | Show all posts
berapa tahun beza umurnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.108113 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list