View: 407|Reply: 5
|
70 peratus wanita Malaysia kurang kena cahaya matahari
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Sekiranya seseorang individu itu berasa letih, lesu serta murung walaupun menikmati tidur dan makan mencukupi ketahuilah bahawa anda sebenarnya kurang terdedah dengan cahaya matahari.
Public Health Malaysia (PHM) memaklumkan, selain itu, kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai simptom rambut semakin banyak gugur, sakit belakang semakin menjadi-jadi dan rasa kosong.
“Ramai wanita di Malaysia sedang melalui perkara sama. Apa yang mengejutkan, 60 hingga 70 peratus wanita Malaysia sebenarnya kekurangan vitamin D sedangkan negara kita kaya dengan cahaya matahari.
“Tetapi disebabkan gaya hidup moden bekerja dalam pejabat, bertutup sepenuhnya, kurang masa di luar menyebabkan tubuh tidak sempat menyerap cahaya matahari yang diperlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurut PHM, sekiranya seseorang individu itu sudah mencuba pelbagai cara, tetapi masih berasa ‘kosong dalam terang’, bermungkinan inilah jawapannya.
“Ambillah masa untuk diri sendiri. Keluar sebentar, biar kulit rasa hangat cahaya pagi.
“Sinar matahari mungkin tidak mengubah semua, tapi ia boleh menjadi titik mula untuk rasa yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Subuh2 dh keluar rumah g koje. Mmg idok ler sempat nk kissu2 ngan sun |
|
|
|
|
|
|
|
Ye saya salah yang kurang kena cahaya matahari. keluar rumah 7 lebih pagi, sampai rumah nak dekat 8 malam. Doktor ada bagi supplemen tapi the best ialah kena jemur juga .. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye, lepas tu dok dalam office sampai petang
Time sun yg diperlukan, lebih kurangnya, ialah pancaran matahari yg antara 10pgi hingga kol 2ptg gitu
malah bagi yg bertudung, area yg terexposed adalah sgt kecil iaiatu muka dan tapak / belakang tangan je
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ler salah sorg yg termasuk dlm percentage tu. Kurang cahaya matahari, siap kena Vit D deficiency. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana kita nak tahu kita ni kurang vitamin D?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|