"Saya tak pernah bangga dilabel sebagai lelaki setia. Saya sentiasa berpesan kepada diri sendiri supaya ingat keluarga dalam setiap apa yang dilakukan.
"Saya ada isteri dan anak-anak. Apa yang saya lakukan akan beri kesan kepada mereka. Jadi saya tak mahu ada perkara tidak elok berlaku," ujarnya.
Sementara itu bercakap tentang filem Blood Brother: Bara Naga, Shukri memberitahu bukan mudah untuk dia menjayakan watak Fadlan yang mempunyai jalan cerita tersendiri.
Menjalani sesi latihan selama hampir enam bulan sebelum penggambaran, Shukri melakukan sendiri setiap babak aksi dalam filem berkenaan.
"Watak saya ada perkembangan dari awal sampai akhir.
"Selama enam bulan jalani latihan kami dapat keserasian antara semua pelakon," ujarnya.
Filem berkenaan merupakan arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.
Selain Shukri, pelakon lain yang turut terlibat adalah Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifli, Andy Teh, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham.
Ia bakal ditayangkan bermula 10 April.
Sumber: mStar