CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3399|Reply: 60

‘Nak lawa kena rajin, kalau malas tak jadi’

[Copy link]
Post time 8-4-2025 06:53 PM | Show all posts |Read mode


TIDAK dimamah usia, aktres Erra Fazira mendedahkan rahsia kekal awet muda meskipun sudah berusia separuh abad adalah daripada didikan dan rutin penjagaan diri yang diamalkan sejak remaja.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, segala amalan kecantikan termasuk penjagaan kulit dan pemakanan dipelajarinya daripada ibu tersayang.

“Apa saya amalkan adalah apa mak ajar saya daripada zaman muda lagi. Penjagaan kulit, pemakanan dan senaman semua saya ikut mak saya.

"Alhamdulillah sampai sekarang mak saya masih aktif bersenam. Dia biasa duduk selama 10 minit dan lumurkan losyen pada badan dan muka.

“Rutin itu dilakukan sejak dia muda sampai sekarang,” katanya menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan bersama Datuk Rosyam Nor.



Tambah Primadona Filem Alaf Baharu itu, ibunya seorang yang cukup disiplin dalam hal pemakanan dan tidak membenarkan pengambilan makanan bergoreng serta kafein.

Malah, ibunya langsung tidak menukar jenama syampu sejak dahulu dan tetap berpegang pada amalan yang sama sehingga hari ini

"Pemakanan pun mak pantau juga. Jangan makan bergoreng, jangan ambil kafein. Kalau ikutkan banyak lagi pantangnya.

“Contohnya kalau syampu rambut pun tak akan tukar dari dulu sampai sekarang,” jelasnya.

Paling penting kata pelakon Sembilu itu, kecantikan sebenar tidak memerlukan pembedahan atau prosedur estetik sebaliknya cukup dengan penjagaan rapi dan konsisten.



Salah satu sebab dia (emak) maintain cantik sebab dia tak buat muka dan badan. Dia biarkan semuanya menua ikut usia, cuma jaga apa yang perlu.

“Dia memang original lawa, jaga makan, hidup bahagia, ada kemampuan untuk maintain. Memang kena rajin nak jadi lawa. Kalau ada semua benda tapi malas, tak jadi juga,” ujarnya.

Menurut Erra, dia juga seorang yang jarang tertekan walaupun pernah melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan rumah tangga serta dunia hiburan.

Erra jenis jarang stress. Itu yang sentiasa muda walaupun banyak kontroversi dan macam-macam, tapi tetap positif,” luahnya. –
HIBGLAM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 08:04 AM | Show all posts
iolss penah jumpa sheolss.... mmg cantekk... semua org kat situ macam tergamam tiba2 tgk sheolss... sheols mmg natural beauty... bukan cantek sbb 'memakai' atau benda jampi serapah mak esah nak bagi cantekk.... kalu orang 'memakai' kita bole tahu.. tp kak ratu mmg lawaa even dah 51 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 08:10 AM | Show all posts
Acik Erra...PM idung..tq
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 08:47 AM | Show all posts
utk usia sheols, mmg sheols kira lawa. bagus eh mak dia bg petua mcm2. tp bab kafein tu...iols lemah yach.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:49 AM | Show all posts
kenapa ek tak boleh bab caffeine tu? mmg idok la aku nak skip. sis redha je tak cantik. aging gracefully gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak lawo kena ada duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2025 09:55 AM | Show all posts
kak erra mmg features and structure muka dia terletak helok..cuma jaga je
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
asimilasi replied at 9-4-2025 08:04 AM
iolss penah jumpa sheolss.... mmg cantekk... semua org kat situ macam tergamam tiba2 tgk sheolss...  ...

Dia nih takde kerat2 perut kan
Slim dia pun normal je tak kering kontang
Muka tak cengkung
Ketet pun elok timbul bolat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 10:10 AM | Show all posts
Iols teka je..teka tau..benang kening bagi naik, hidung bagi mancung, filler kat pipi, filler dagu bagi panjang. Tapi semua tu nampak subtle je..sebab sheol dah asalnya cantik. Memang betul..kulit pun kena jaga dengan betul..Tapi duit memang kena ada la untuk cantik...rawatan muka (facial n segala rawatan co2 laser, microneedling bagai) semua takkan la ratu tak buat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala thn ni je rsnye dagu dia mcm ok skt..thn2 sblm ni dagu dia panjang gak...retis pe nak heran..mesti la bt cucuk2,spa segala bagai... cer tgk perbelanjaan bulanan dia tuk skincare...agaknye pengsan kita tgk angkat dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:31 AM | Show all posts
Duit, penaja dan bengkel ketuk2 pun perlu jugak khenssss.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:33 AM | Show all posts
Bagi le dia busana apa pon, tetap nampak helokkk terletak hatta berkain batik dan berbaju kurung kedah seadanya yaachhh... <3 <3 <3
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:35 AM | Show all posts
asimilasi replied at 9-4-2025 08:04 AM
iolss penah jumpa sheolss.... mmg cantekk... semua org kat situ macam tergamam tiba2 tgk sheolss...  ...

akupun prnah jumpa erra.. lawa gila kot.. mmg vibes ratu sgt. walaupun dh 50 an erra mmg sgt cantik di mata aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
asimilasi replied at 9-4-2025 08:04 AM
iolss penah jumpa sheolss.... mmg cantekk... semua org kat situ macam tergamam tiba2 tgk sheolss...  ...

Yup. Iols pun sama. Tak berkedip tgk kecantikan dia..Dia mmg born to be beautiful..Muka cantik badan cantik. Cara dia bawak diri pun cantik. Mmg betul la dia ratu cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah cantik pastu tinggi pulak. Memang layak wakil Mesia zaman dulu sebagai Miss Malaysia. Orang lain lawa tapi pendek.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:57 AM | Show all posts
makna mmg pandai lah dia jaga kecantikan dia
kwn2 aku yg lawa2 dulu2
wlu kaya raya
totap lah kering bila dh umo2 50an
nmpak dh kekertuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 10:58 AM | Show all posts
makna mmg pandai lah dia jaga kecantikan dia
kwn2 aku yg lawa2 dulu2
wlu kaya raya
totap lah kering bila dh umo2 50an
nmpak dh kekertuan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 11:14 AM | Show all posts
ainonymous: kenapa ek tak boleh bab caffeine tu? mmg idok la aku nak skip. sis redha je tak cantik. aging gracefully gituhh

bab2 caffeine2 nie mmg la x bole nk skip..
tp kekdg duduk sorg2 tu terfikir la juga klau dulu aku x isap rokok.. mesti skin muka aku nmpk lg cantik.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 11:14 AM | Show all posts
ainonymous: kenapa ek tak boleh bab caffeine tu? mmg idok la aku nak skip. sis redha je tak cantik. aging gracefully gituhh

bab2 caffeine2 nie mmg la x bole nk skip..
tp kekdg duduk sorg2 tu terfikir la juga klau dulu aku x isap rokok.. mesti skin muka aku nmpk lg cantik.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 11:24 AM | Show all posts
selain rajin, kena ada duit juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.076209 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list