CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1694|Reply: 35

Buli MRSM: ‘Peraturan tak tentu fasal buat pelajar stres, berontak’

[Copy link]
Post time 8-4-2025 06:38 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Terpanggil bersuara tentang kes buli melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), pelakon Rita Rudaini berpendapat peraturan sekolah yang ketat di institusi pendidikan antara punca mendorong kepada berlakunya gejala buli.


Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 48, memaklumkan pelajar sekolah zaman kini tidak berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan termasuk melakukan jenayah.


“Kadang-kadang peraturan yang ketat dan tegas tak tentu fasal pun boleh buat budak-budak stres dan mula memberontak, buat hal dan kacau orang. Dari seronok-seronok kacau terus naik taraf kepada buli.


“Ada yang tak kacau orang tetapi nak lepaskan stres dengan cara lain seperti hisap rokok atau vape. Budak-budak sekarang walaupun lahir di zaman canggih tetapi otak mereka tak secanggih budak zaman dulu.


“Budak-budak zaman dulu nak buat satu benda memang akan fikir 100 kali sambil terbayang kena libas. Budak-budak sekarang buat dahulu fikir? Nanti bila-bila lapang baru fikir,” katanya dalam hantaran Instagram.




Berkongsi lanjut, pelakon filem Mami Jarum itu menegaskan bahawa ibu bapa juga mendorong pembentukan sikap pelajar selain pengaruh daripada rakan sebaya.


“Didikan juga bermula dari rumah. Nak tengok keperibadian seseorang, tengok dengan siapa dia berkawan.


“Ketegasan dan kekerasan berbeza, hormat dan takut mana satu pilihan,” jelasnya.


Dalam masa sama, Rita turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki atas tindakan pantas menamatkan pengajian pembuli yang terlibat.


“Terima kasih Asyraf Wajdi, tindakan yang cepat walaupun benda dah jadi tahun lepas. Pihak Maktab tak patut sorok atau ambil ringan.


“Maktab tak salah, mana-mana sekolah pun sama. Yang tak betul perangai dan sikap manusia.


Sebelum ini, tular sebuah video dipercayai membabitkan pelajar di sebuah MRSM di Pulau Pinang.


Rakaman video tersebut memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.


Remaja lelaki berkenaan turut dilihat disebat dengan tali pinggang pada bahagian punggung.


Namun, tidak dapat dipastikan sama ada tindakan tersebut adalah satu gurauan atau perbuatan buli. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling cikgu ye ritrud ni..acah sgttt
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:28 AM | Show all posts
gile ke ape skola asrama tegas penyebab kes buli..siap ckp tegas pasal vape dan rokok..kat mane otak die ni..buat malu kat anak je wey
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah tengok video ni..
Aduhai kalau patah belakang budak tu...
Sapa nak tanggung

Adoi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pun peraturan sama je mana² asrama penuh, cuma dulu xde vape. Hisap rokok, fly, buli etc kalau kena tangkap habislah. Beza dulu, sekolah x sibuk nk jg nama baik pun. Peraturan is peraturan. Ikut buku terus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... Nak compare apa ni? . Budak dulu pun ada je kes buli, ponteng sekolah, hisap rokok dlm tandas, fly asrama, kes pukul, berpuak2 & bergaduh bertumbuk  dengan budak sekolah sebelah.. Masalah disiplin ni dah laaaaaammaaaaa ada. In fact masalah buli n ragging melmpu batas dam asrama ni zaman dulu lagi teruk kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2025 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
apa ko cuba smpaikan ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Konpius acik ritrud ni.  Peraturan yg ketat tegas sbb budak2 jadi macam tu tp kat baaah kata maktab x salah pulak, mana2 sekokah pun sama, yg xbagus perangai dgn sikap manusia.  Tak payah la nak komen next time.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 10:36 AM | Show all posts
Weii pompuan bongok lagi membongak.. anak meollss MRSM Taping yacchh takde pulak memberontak.. ikut je peraturan sekolah INSYAAALLAH selamat dunia akhirat...

Kat wsap muafakat mesti byk cikgu MRSM rengsa ngan acik ni.. ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia jurucakap mrsm ke terpaling sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:40 AM | Show all posts
akak baik diam
nampak makin bodoh pulak bila komen
x payah terhegeh hegeh terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rasa tak nak   terikat dengan peraturan asrama ,tak payah bagi anak masuk MRSM .Jaga sendiri kat rmh .Bnyk cekadak btol geng2 T20 ni .Iols student MRSM tahun 1996 -2000 ,dari 25 tahun lepas lagj mcm gitu lah peraturannya .Takkan MRSM nak tukar peraturan sebab anak retis masuk kot .
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembuli ada masalah jiwa, tak reti divert emosi negatif dengan cara lain so lepaskan pada yg lemah (dibuli). So pembuli yg ada masalah, bukan peraturan sekolah punca stress dsb. Takda peraturan lagi kelaut disiplin
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 11:04 AM | Show all posts
Mana2 pergi pun peraturan tetap ada.
Kadang2 parent ni di rumah bg anak bebas bila p sekolah ada peraturan.Anak kena denda akhirnya mak pak bela pula si anak.
Elok la pun dah di buang sekolah.
Bertanggungjawab sendiri je la dgn kelakuan masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 11:09 AM | Show all posts
Pelajar memberontak sebab peraturan ketat?
Seumpama ko kata orang buat dosa sebab syurga susah nak masuk....so dia pilih neraka sebab rebellious kat tuhan, begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 12:02 PM | Show all posts
kalau kau tak nak anak kau belajar disiplin ikut peraturan, jangan bagi masuk asrama..
duduk je sekolah harian kau hantar pagar depan anak boleh keluar pagar belakang..
nak pergi sokolah nak ponteng ikut suka hati dia..
berapa lama kau hidup sampai tak tau sekolah asrama peraturan memang tegas untuk membentuk diri and disiplin budak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 12:22 PM | Show all posts
nak bersuara mewakili anak sheols ke..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya buli kat mrsm ni dari zaman tok kaduk pun ada dah. Cuma zaman sekarang ada teknologi, pembuli pula terlebih pandai siap rakam tengah buli orang. Sama lah juga dengan masalah disiplin lain macam merokok apa semua tu. Mrsm pun actually tegas je ambil tindakan kalau tertangkap. Ada jemaah disiplin maktab. Kalau kes rokok selalunya kena gantung, kalau buli tertangkap dan jadi kes besar boleh sampai kena buang/pindah sekolah lain. Cuma macam aku cakap lah, dulu tak banyak yang tertangkap. Yang dibuli kalau zaman dulu hadap je tak bagitahu cikgu pun kena buli.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan pasal peraturan. I rasa ada certain budak budak ni x sesuai mak ayah lepaskan duduk asrama. Memang kena guide and pantau 24 jam. Jenis semulajadi ada perangai pembuli
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 05:19 PM | Show all posts
seb baik kann kebodohan dia x menurun kat anak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 1.741207 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list