View: 2811|Reply: 27
|
Pelawak asal Johor, Ronnie Chieng lepaskan kerakyatan Malaysia
[Copy link]
|
|
Edited by tatod at 6-4-2025 11:20 PM
PELAWAK asal Johor yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Ronnie Chieng melepaskan kewarganegaraan Malaysia selepas secara rasmi mendapat kerakyatan negara Uncle Sam itu.
Perkara tersebut didedahkan kepada umum ketika aktor legenda, Bill Murray muncul membuat kejutan dalam program The Daily Show yang dikendalikannya.
Menerusi klip video yang tular, Chieng, 39, teruja sebaik melihat pelawak tersohor itu memasuki set ketika sesi soal jawab bersama penonton sedang berlangsung.
“Mereka maklumkan anda sangat gembira hari ini selepas dapat tahu yang anda sudah mendapat kerakyatan Amerika Syarikat,” katanya sambil menghulurkan salam.
Usai memeluk Chieng, Murray, 74, kemudian terus ke belakang pentas menunggu untuk dipanggil semula naik ke pentas mengambil giliran untuk diwawancara.
Terus mengesahkan kenyataan dibuat pelawak senior, aktor kelahiran Johor Bahru itu mengakui sudah diberikan kewarganeraan negara terbabit.
“Memang pengalaman yang sangat gila apabila anda dapat kerakyatan AS pada hari sama anda sepatutnya menemu bual Bill Murray. Ini hari yang panjang.
“Saya perlu pergi ke soal jawab, mereka tanya macam 100 soalan, saya jamin anda boleh jawab soalan diberikan. Saya perlu mengingari berapa koloni, nama negeri serta Presiden sekarang. Sangat susah,” ujarnya.
US Citizenship and Immigration Services memberi kebenaran kepada individu memegang dua kerakyatan mengikut syarat tertentu di bawah akta Immigration and Nationality Act.
Begitupun, bagi Malaysia mereka yang memilih menjadi warganegara rakyat negara lain perlu melepaskan kerakyatannya.
Mengimbas kembali latar belakangnya, bekas penyampai radio itu dilahirkan di Johor tetapi dibesarkan dan bersekolah di Singapura.
Chieng mencipta nama di peringkat antarabangsa sebagai pelawak dan mengadakan siri jelajah komedi di Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, India, Kanada serta London.
Beliau yang menyambung pengajian di Australia kemudian berpindah ke New York dan memulakan kerjaya sebagai wartawan untuk rancangan The Daily Show With Trevor Noah.
Ronny semakin dikenali selepas muncul dengan sebuah program Netflix berjudul Asian Comedian Destroys America selain terus meraih kemahsyuran selepas membintangi filem popular The Crazy Rich Asians.
Pada masa sama, The Daily Show kendaliannya turut meraih trofi Anugerah Emmy ke-76 sebagai Siri Wawancara Terbaik tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
I tot heols bangga sbg warganegara Malaysia
sbb die pnh cerita asal usul die dlm slh1 standup comedy show die
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 7-4-2025 01:04 AM
I tot heols bangga sbg warganegara Malaysia
sbb die pnh cerita asal usul die dlm slh1 standup comed ...
Iols plak sblm heols meletop penah tgk satu video stand up dia pasal mak dia Singaporean yg sgt patriotik sampai gaduh dgn netizen kalau org kutuk Singapore. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi heols ni mcm menjilat ludah sendiri sbb hari tu kemain bangga dgn Malaysia. Tapi tulah disaat orang USA sendiri nak migrate dia plak nak masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Membesar dan bersekolah di Spore, study di AUS dan kerja di US
Of course takde rasa attachment dgn Msia, apa je memori yg dia ada..
Ramai je Chinese dan Indian yg dah migrated oversea taknak lepaskan kerakyatan Msia sbb family, friends, cuaca dan makanan especially..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anyways iols x kenal pun mamat ni..CRA tu yg iols kenal sorg je si Henry Golding..itupun tgk tak habis punya la bosan 
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam tariff 24% |
|
|
|
|
|
|
|
Baca background pun tak de la dok Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Hishh Mengada sungguh. Apa yg dia terkejut sgt ni?
Dah apply dah pergi interview/test pasti la dapat lain la tetiba dpt surat offer jadi warganegara US. Kalau wife dia US citizen lagi la senang dapat. Sebelum ambil test banyak kelas mengajar cara menjawap test kerakayatan ini FREE lagi!
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin bila jadi citizen US, mudah untuk career dia kot. Tapi tak sangka dia apply citizenship |
|
|
|
|
|
|
|
X terkejut pun chinese migrate.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tengok hari tu video lawak menganjing dia pada americans bila trump naik jadi presiden. Keluarkan pasport Msia nak balik konon.
Tapi kat oz biasa aje ramai msians pegang 2 passports. Orang consulate siap cakap jangan lepaskan passport Msia. Selaluya yg non malays la tak sabar2 nak let go passport kita. Ada sekali kat consulate office,i tengok couple tua chinese beria nak isi form nak mintak jadi warganegara balik.Menyesal let go dulu kata diaorang
|
|
|
|
|
|
|
|
Takyah la bitter. Hidup ni memasing hado pilihan kot. Korang pun ada masa bukan patriotik sangat asyik kutuk Malaysia, kutuk politicians, kutuk itu ini ntah semua la nak kutuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Straya replied at 7-4-2025 11:17 AM
Ada tengok hari tu video lawak menganjing dia pada americans bila trump naik jadi presiden. Keluarka ...
Ya. Sbb apa2 terjadi. Kita nk balik kt negara asal balik. Family sini ada. Satgi tukar citizenship, ssh plak nak masuk msia. Beli tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
my friend study & kerja kat oz. Iols dengar2 tahun ni dia dah rasmi jd rakyat oz. Heols dah lepaskan passport Malaysia.
Padahal heols still bujang tak kawin. Parents kat sini pun sihat lagi. Tak tau la kenapa heols buat mcm tu,
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg kena lepas ke? sepupu i anak beranak sampai skrg pegang passport msia wpun dah dpt green card. bukan sebab apa tapi takut apa2 jadi kat sana at least boleh balik sini and start over |
|
|
|
|
|
|
|
greencard sama dgn pr, ok lg boleh pgg passport msia
tp kes dia ni dia apply utk jd american citizen
dah dpt dia kena lepaskan citizen as a msian
msia x allow dual citizenship
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by becir at 8-4-2025 03:43 PM
pinksarah replied at 8-4-2025 02:31 PM
greencard sama dgn pr, ok lg boleh pgg passport msia
tp kes dia ni dia apply utk jd american citi ...
greencard boleh ada passport usa ke? they have that. |
|
|
|
|
|
|
|
Career dia banyak kat sane. Pilihan masing2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|