Edited by tatod at 6-4-2025 04:20 PM
Kuala Lumpur: Video aksi terjunan lagak ngeri pelakon utama filem Thunderbolts terbitan Marvel Studios, Florence Pugh di menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118, di sini, tular dan mencuri tumpuan ramai.
Nama Malaysia sekali lagi menjadi bualan di seluruh dunia apabila babak di sebalik tabir pembikinan filem itu yang memaparkan menara Merdeka 118 dikongsi di laman sosial Marvel Studios.
Florence berkata, aksi terjunan yang dilakukannya di Merdeka 118 itu adalah antara lagak ngeri yang menakjubkan pernah dilakukan.
"Dari banyak babak lagak ngeri yang dilakukan dalam mana-mana filem, ini antara yang menakjubkan.
"Bila saja anda dapat tengok seseorang buat aksi terjunan dari bangunan pencakar langit seperti ini? Seronok gila," katanya.
Terdahulu, Marvel Studios berkongsi video di sebalik tabir pembikinan filem terbaru mereka iaitu Thunderbolts.
Selain Florence, filem Thunderbolts yang akan ditayangkan pada 2 Mei ini turut menampilkan lakonan Sebastian Stan, David Harbour, Wyatt Russell, Olga Kurylenko dan ramai lagi.
|