CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2096|Reply: 17

Raja Syahiran sedih kereta 'cair', tapi lega tengok ramai terselamat

[Copy link]
Post time 3-4-2025 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 3-4-2025 02:35 PM



Kuala Lumpur: Hati penyanyi Raja Syahiran, 32, luluh melihat situasi kebakaran saluran paip gas bocor di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya yang menjejaskan ramai penduduk di sana, semalam.


Raja Syahiran atau nama penuh, Raja Azhanrianshan berkata dia hanya mampu membantu menerusi jeritan untuk menyuruh penduduk di sana lari menyelamatkan diri daripada bencana itu.


"Niat saya ke sana untuk melihat keadaan kereta saya yang diparkir di rumah bapa saudara. Memang sudah tidak boleh diselamatkan tapi saya ambil peluang itu bantu penduduk di sana selamatkan diri.


"Ini kerana ada yang tidak tahu berbuat apa dan ingat duduk dalam rumah lebih selamat. Seorang ibu tunggal serta beberapa anaknya adalah penduduk terakhir yang larikan diri, itupun selepas saya berkeras suruh mereka selamatkan diri.


"Saya sempat meninjau kawasan penempatan sementara mangsa yang terjejas. Memang sayu hati bila tengok ramai kanak-kanak selain orang dewasa yang berada dalam keadaan terkejut," katanya.



Raja Syahiran berkata walaupun keretanya yang berharga ratusan ribu rosak teruk dalam kebakaran itu, kerugiannya tidak setanding dialami penduduk di sana.


"Saya tinggalkan kereta dekat rumah pakcik, saya cuba selamatkan namun gagal kerana kenderaan itu sudah cair akibat bahang terlalu panas. Pagar pun sudah cair sebab pembakaran itu lama dan berpanjangan.


"Kalau rumah yang berada di barisan pertama memang dah 'gone' sebab dekat dengan tempat terbakar. Masa tengok keadaan kereta itu memang rasa sedih tapi bila lihat orang-orang yang terselamat buat saya lebih lega," katanya.


Untuk diri sendiri, Raja Syahiran mengalami kerugian ratusan ribu akibat keretanya memang sudah tidak dapat diselamatkan. Menurutnya, insiden itu turut menjejaskan mood untuk beraya.


"Sedihlah tapi nak buat apa, pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Saya doakan semua yang terkesan di sana akan dipermudahkan urusannya. Nak beraya pun tidak jadi, kami sekeluarga berehat di rumah saja.


"Kebetulan anak-anak pula kurang sihat," kata suami kepada pelakon dan pengacara Uyaina Arshad itu.


Raja Syahiran turut berkongsi videonya memasuki kawasan perumahan yang terbakar akibat kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter itu.


Dia bagaimanapun sempat menjerit bagi membantu selamatkan penduduk di sana. - Harian Metro




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2025 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.... Btw kena mention ye harga ratusan ribu hinggit
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:07 AM | Show all posts
ooohhh igt rumah dia,
rupanya area rumah pakcik dia..
suspen jer!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:08 AM | Show all posts
miamiot replied at 4-4-2025 09:30 AM
Takziah.... Btw kena mention ye harga ratusan ribu hinggit

harussss lerr.. kang nurtizen tak tau plak heols ada kete ratusan hengget
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:14 AM | Show all posts
Teruk betulkan insiden ni... masa meols lalu highway elit dekat area persimpangan masuk USJ tu, pokok2 semua kering mati... papan iklan lak cair posternya..... tak tau la mcmne situasi masa kejadian tu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:25 AM | Show all posts
Kekunci_Hitam replied at 8-4-2025 12:14 AM
Teruk betulkan insiden ni... masa meols lalu highway elit dekat area persimpangan masuk USJ tu, poko ...

yup memang teruk. tak boleh nak imagine.. until now member aku yg dok situ nak keluar masuk pon kena ambik pass even dia penduduk kat situ. rumah dia area perkampungan belakang tu. hos aircond ke ape ntah cair dia ckp. bayangkan laa betapa panasnya azab dunia. sipi2 plak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2025 08:42 AM | Show all posts
mizruncing replied at 8-4-2025 08:25 AM
yup memang teruk. tak boleh nak imagine.. until now member aku yg dok situ nak keluar masuk pon ke ...

kan.. sbb tu la sampai ada yang g sungai tu n terjun berendam ramai2... tak tertahan sangat kot bahangnya... kalau tak aku pun rasa diaorg takkan pk sampai mcm tu sekali nak terjun2 sungai ramai2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:04 AM | Show all posts
''Kuala Lumpur: Hati penyanyi Raja Syahiran, 32, luluh melihat situasi ....''


penyanyi ke ???..

awat tak pernah tau..

lagu apa..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 11:49 AM | Show all posts
nyanyi kat mana dia ni? tak pernah dgr nama tapi muka ala2 sapik kyle versi kembang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekunci_Hitam replied at 8-4-2025 08:14 AM
Teruk betulkan insiden ni... masa meols lalu highway elit dekat area persimpangan masuk USJ tu, poko ...

1200°c kepanasan kawasan sekitar waktu tu. Sekadar bahang bkn kena api lagi. Mmg seram. Mcm kena salai. Nasib baik api terkawal or tak spark pencawang TNB ke apa. Kalau merebak lg besar impak dia boleh jd mcm California.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 03:53 PM | Show all posts
sorry tak kenal...apapun takziah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bininya tak bagi sepatah dua kata ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
BellaThePrinces replied at 8-4-2025 09:04 AM
''Kuala Lumpur: Hati penyanyi Raja Syahiran, 32, luluh melihat situasi ....''



Meols kenal dia ni sebab tengok rancangan astro Dansa & Sing dolu2. Lama dah.. masa tu heols bujang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekunci_Hitam replied at 8-4-2025 08:14 AM
Teruk betulkan insiden ni... masa meols lalu highway elit dekat area persimpangan masuk USJ tu, poko ...

Iols gi area sungai yang ramai berenang nak selamatkan diri tu pung dah berasa mcm kat sebelah api gas high pressure
So mmg kesan dia agak besar lah...
Dah la masa tu iols baru balik dari spital sebab gerd...terus tak berasa dah gerd iols sebab nak tengok kebakaran ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.  Tp bukan kereta kuar showroom terus tuurn value ke?  Anyway, harap2 kereta ratus ribu ada ambil special perils insurance.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:55 AM | Show all posts
shernazz replied at 9-4-2025 07:29 AM
Iols gi area sungai yang ramai berenang nak selamatkan diri tu pung dah berasa mcm kat sebelah api ...

Allahu... semoga chuolls okay2 sahaja dan tak trauma lah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekunci_Hitam replied at 9-4-2025 07:55 AM
Allahu... semoga chuolls okay2 sahaja dan tak trauma lah....

Iols agak traumamasa tu je
Sebab masa tu iols baru balik dari hospital n iols risau anak2 ..
Nampak mcm dekat sgt dgn rumah iols tapi sebrnarnya jauh juga...
Iols sampai termimpi2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 07:57 AM | Show all posts
Edited by A-Are at 9-4-2025 11:58 PM

ya betul di dalam keadaan emergency xsemua orang boleh berfikir dengan betul...perlu ada org yg boleh handle bagi amaran semua...dulu i ols pernah kerja cashier part time dekat supermarket yg jenis kaunter depan sekali nearby jalan...ada 1 masa lori bawak tong gas yang besar2 tu (bukan tong gas masak) langgar tiang lampu depan kedai, lepas tu meletop & gas semua bergelimpangan depan supermarket dalam keadaan bocor...tanpa pikir panjang i ols lari tinggalkan kaunter tak sangka i ols boleh lari laju macam watson nyambek dalam masa singkat sedar2 dah ada depan tasik lebih kurang 500meter

Bila i ols dtg tgk semula masih ada cashier yang tercegat dekat kaunter xtao nak buat apa..ada tu siap sempat kira duit dalam mesin dulu...yang boss cina i ols da lari bawak 2 karung duit cash selamatkan diri...suspen betul masa tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2025 12:10 PM GMT+8 , Processed in 1.487775 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list