View: 2769|Reply: 16
|
“Bergegar macam gempa bumi” - Aidil Abd Ghaffar dan keluarga lari sehelai sepinggang, 4 buah kereta miliknya cair
[Copy link]
|
|
BEKAS personaliti TV3 iaitu Aidil Abd Ghaffar bersyukur apabila dia bersama empat orang ahli keluarganya terselamat daripada kebakaran saluran gas di Putra Height, Subang Jaya pada pagi Selasa.
Menurut Aidil, 57, isterinya bersama dua anak berserta menantu terpaksa keluar sehelai sepinggang selepas menyedari gegaran dan bahang panas seolah-olah letusan gunung berapi dari dalam kediamannya.
“Alhamdulillah ahli keluarga saya dapat diselamatkan, saya gerakkan mereka dahulu untuk cari kawasan selamat. Rumah saya dengan kawasan kejadian kira-kira 200 meter sahaja.
“Saya pun hanya sedar kejadian sekitar 8.20 pagi tadi, rasa macam gunung berapi meletup... Habuk berterbangan dan terasa bahang.
“Rumah dan pintu bergegar macam gempa bumi," katanya ketika dihubungi mStar.
Berkongsi lebih lanjut, Aidil yang juga bekas wartawan program Melodi memberitahu pada awalnya mereka cemas mencari tempat selamat memandangkan kawasan tersebut hanya memiliki satu laluan keluar dan masuk.
Pun begitu, mereka bersyukur apabila bertemu pihak bomba dan menerima arahan ke kawasan selamat sebelum dibawa menaiki ambulans ke Pusat Pelindungan Sementara (PPS) di Masjid Putra Height.
“Sekarang ini kami bersama 54 keluarga lain akan tinggal di PPS sehingga segala siasatan selesai.
“Buat masa ini kami memang tak boleh fikir apa-apa lagi," kongsinya.
Dalam pada itu, Aidil memberitahu dia tidak mampu menghitung kos kerugian terpaksa ditanggungnya buat masa ini.
Jelasnya, kediamannya mengalami kerosakkan selain empat buah kereta miliknya musnah disebabkan kebakaran itu.
“Rumah terlindung daripada dua barisan kediaman lain, jadi tidak terlalu terdedah dengan api tetapi 20 buah kediaman lain semua musnah.
"Ketika menyelamatkan diri tadi hanya perasan kerosakkan pada bahagian luar rumah seperti dinding mengelembung dan syiling runtuh.
“Itu tidak termasuk empat buah kereta milik kami semuanya habis mencair jadi kerugian pun saya tak berani nak cakap.
“Kalau ambil kira emosi dan trauma ia akan memakan jumlah ratusan ribu," ujarnya.
Sebelum ini, Aidil berkongsi dia dan keluarga mencari kawasan selamat selepas kediamannya sudah tidak sesuai untuk didiami akibat insiden berkenaan.
Pada Selasa, mStar melaporkan berlaku kebakaran saluran paip gas bocor di Jalan Putra Harmoni Putra Height, kira-kira 8.10 pagi.
PETRONAS Gas Berhad (PGB) dalam satu kenyataan kemudiannya mengesahkan berlaku kebakaran di saluran paip utama di lokasi itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir ke lokasi kejadian, kira-kira 4.50 petang, Selasa.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Michelle Ng dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi raji'un
Turut berduka dengan insiden sebegini
Jika dihitung kerugian termasuk mental damages , lebih dari nilai anggaran tu |
|
|
|
|
|
|
|
Memang tinggal sehelai sepinggang. Teruk rosak rumah dan kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik2 rumah kat situ. Takziah ye semoga dapat pembelaan sewajarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 2-4-2025 06:48 AM
Rumah agak2 >1juta termasuk perabot petias dapur washing machine tv. Kereta 2-3-4 ketul, motosikal, bantuan 5k+2k, insurance kalau ada, kalau xde, doc penting dlm laptop hardcopy softcopy, kalau aku hilang pedoman password x ingat doc terbakar |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 2-4-2025 06:46 AM
Rumah agak2 >1juta termasuk perabot petias dapur washing machine tv. Kereta 2-3-4 ketul, motosikal, ...
Yep dr t20 terus jd bawah b40.. senin ni nak keje balik.. rumah cenggitu..cmnla |
|
|
|
|
|
|
|
mcmmana kucing2 area situ yach? dengar bunyi mercun pun dah lari lintang pukang... |
|
|
|
|
|
|
|
tak dpt bayang kan kucing …harap mostly dia org dlm hostel sebab semua t20 |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih pulak dahla musim raya ni jadi mcm ni...harap bertabahlah semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
iol tgk dlm benang kat ci, ada video2 bomba selamatkan kucing yang terkurung & anjing yang dirantai... |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu ada terbaca komen,
x dapat bayangkan kalau kejadian tu waktu n hari bekerja , kul 8am org tgh siap2 nk g work... allah... x terbayang rasa nya
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....tiada kehilangan nyawa....tapi insurance boleh claim ke? or tunggu compensation dari Petronas? |
|
|
|
|
|
|
|
cantthinkofany replied at 3-4-2025 03:48 PM
Alhamdulillah....tiada kehilangan nyawa....tapi insurance boleh claim ke? or tunggu compensation dar ...
Sbnrnya dlm hal ni petronas pun bersalah ke uols? Dgr cite construction company yg buat aniaya
Dugaan betul utk dorang yg terlibat. Takziah sgt2 |
|
|
|
|
|
|
|
it will take ages to find out who will be at fault....terutamanya existence of blueprint of the pipe layout...whether it is the latest with the most updated....
|
|
|
|
|
|
|
|
cantthinkofany replied at 3-4-2025 03:48 PM
Alhamdulillah....tiada kehilangan nyawa....tapi insurance boleh claim ke? or tunggu compensation dar ...
Kalau kereta, claim je atas insurance kereta sendiri sbb insurance company akan claim after petronas atau kontractor tu nanti. Kalau rumah pon sama. Kalau masih bawah loan bank, bank akan ambil polisi utk cover bangunan- yg tu claim pd insurance company sendiri. Kalau content rumah, make sure ada ambil polisi yg cover content. Kalaau x ambil, xde cover, tapi nanti claims after pihak yg dipertanggungjawabkan. Apa2 insurance boleh je claim pd policy sendiri sbb nanti insurance company akan go after third party yg bertanggungjawab i.e maybe petronas or kontractor.
Bagus ada insurance sendiri sbb kita boleh claims polisi sendiri dulu, lepas tu insurance company akan claims pd pihak yg bertanggungjawab. So kita dpt duit cepat. Tapi kalau xde polisi insurance, lambat la dpt duit kot sbb kena claim pd pihak dipertanggungjawab dan tunggu duit dr pihak tersebut
Mcm petronas n kontraktor mmg ada je insurance yg cover harta benda org awam kalau berlaku kecelakaan disebab kan mereka. So claim korang ni diorg akan claim balik kat polisi diorg ni. Bukan 100% pon kelur dr duit diorg sendiri. Company2 ni semua ada insurance sendiri. Cuma skrg kena tunggu hasil siasatan siapa pihak yg dipertanggungjawabkan |
|
|
|
|
|
|
|
rumah situ under sime darby kan... cantik2 |
|
|
|
|
|
|
|
thank you sistaaaaaa.....sbb tu jgn gundah gulana rumah dibeli under loan....eventhough orang kata beli rumah pun berhutang...so what....walaupun kena byr interest...semua cover....tak ramai house owner yg prihatin pasal insurance2 ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|