CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

[Sabah] PJKAYS rai anak yatim di KK, Tawau sempena Ramadan

[Copy link]
Post time 26-3-2025 11:15 PM | Show all posts |Read mode

KOTA KINABALU: Pertubuhan Jaringan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabah (PJKAYS) baru-baru ini meraikan lebih 50 anak yatim dan asnaf di kawasan Tawau dan Kota Kinabalu sempena majlis berbuka puasa.

Acara berbuka puasa yang pertama melibatkan seramai 18 penghuni Rumah Anak Yatim (RAY) Ar-Raudhoh di bawah pengurusan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Tawau (PRAY) yang dipengerusikan oleh Datuk Amrullah Kamal.

Selain berpeluang berbuka puasa dan solat berjemaah, anak-anak Ar-Raudhoh juga dihadiahkan sepasang baju raya dan duit raya yang disampaikan oleh Timbalan Presiden II PJKAYS, Dr Fairrul Kadir dan Timbalan Setiausaha Agung II PJKAYS, Kol. Herman Bombang.

Fairrul mewakili Presiden PJKAYS Datuk Eddie Abdullah yang tidak dapat hadir pada majlis itu atas faktor kesihatan.


Majlis berbuka puasa kedua dianjurkan bersama 35 anak yatim dan asnaf dari RAY As-Sakinah Kinarut yang diketuai oleh Nasaruddin Mohamad.

Fairrul berkata, pihak PJKAYS berbesar hati kerana berpeluang menyantuni anak-anak  As-Sakinah   dalam   satu   majlis   yang   cukup bermakna sempena bulan Ramadan.

"Semoga majlis ini bukan sekadar menjadi sesi berbuka puasa   bersama,   tetapi   juga   sebagai   satu   pengalaman   yang   menggembirakan dan memberi kenangan manis kepada anak-anak yang hadir.

"Majlis berbuka puasa seperti ini sudah menjadi acara tahunan PJKAYS semenjak persatuan ini ditubuhkan pada April 2019," katanya.

Pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada rakan kolaborasi dan penajaan majlis itu termasuk syarikat Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) di Kota Kinabalu dan Kenny Ngalin dari Ocean Vantage Holdings Berhad serta Herman Bombang untuk majlis di Tawau. - Utusan Borneo


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Amira Othman Tak Rimas Gosip Cinta
tatodAmira Othman Tak Rimas Gosip Cinta
Views : 1729 Replies : 49
Sambungan Kes Rayuan Syed Saddiq 17hb April (Update Pg. 250 Smile Challenge)
JoyahMengayahSambungan Kes Rayuan Syed Saddiq 17hb Ap
Views : 167076 Replies : 5170
Istiadat Pengebumian Negara: Warganet tegur etika pakaian penyampai radio
tatodIstiadat Pengebumian Negara: Warganet te
Views : 464 Replies : 5
Umur 57, stamina 30-an
tatodUmur 57, stamina 30-an
Views : 0 Replies : 0
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 9904 Replies : 110
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 189029 Replies : 1809
Contohi Pak Lah: Dia tak ada masalah letak jawatan, kata Mahathir
AbahmungContohi Pak Lah: Dia tak ada masalah let
Views : 267 Replies : 5
Angin pasang atau kanser testis?
tatodAngin pasang atau kanser testis?
Views : 0 Replies : 0
New Chapter 03 :  FATTAH AMIN ~ Melangkah Semula, Comeback Berganda
codenamedreamNew Chapter 03 : FATTAH AMIN ~ Melangka
Views : 34918 Replies : 1998
ShuBingaitology: Santai-santai la Shayangku with Acikpors.. (April 2025)
FarnorShuBingaitology: Santai-santai la Shayan
Views : 11917 Replies : 482

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.067558 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list