CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua tahun tunggu pembedahan mata isteri - Pak Cik Petai

[Copy link]
Post time 26-3-2025 07:50 AM | Show all posts |Read mode


PAK Cik Petai atau Mohd Noor Saad, 67 menemani isterinya, Astiah Yaakob, 63, ketika memeriksa mata dan mendengar keterangan daripada doktor pakar Columbia Asia Hospital, hari ini. FOTO AHMAD HASBI

Seremban: Selepas kira-kira dua tahun tertangguh akibat kesempitan hidup, isteri kepada 'Pak Cik Petai' akhirnya dapat menjalani pembedahan mata secara percuma bulan depan.

Ia menjadi berita gembira buat Mohd Noor Saad, 67, serta isterinya, Astiah Yaakob, 63, dan menganggap kejadian yang tular sebelum ini mempunyai hikmah tersendiri.

Mohd Noor berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak media dan beberapa hospital swasta yang mahu membantu isterinya membuat pembedahan mata secara percuma.

"Kami ini orang susah, saya kerja kampung saja dengan penyakit darah tinggi dan usia begini untuk cari sesuap nasi masih stabil. Saya dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan untuk belanja harian.

"Lama saya tunggu detik ini sebab sebelum ini kumpul duit lama-lama, namun tidak kesampaian. Hari ini ada pihak yang mahu bantu, saya bersyukur sangat," katanya.

Mohd Noor berkata demikian ketika ditemui selepas isterinya melakukan pemeriksaan mata di Hospital Columbia Asia, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Asia Hospital Seremban, Alice Chong.

Sementara itu, Astiah berkata, setiap kali selepas solat, dia akan berdoa agar dimurahkan rezeki dan dapat menjalani pembedahan mata kerana deria sebelah kanan itu sudah tidak berfungsi akibat katarak.

"Sebelum ini, saya ada buat pembedahan mata sebelah kiri kira-kira enam tahun lalu, namun mata sebelah kanan pula mula kabur sekitar dua tahun lalu sebelum tidak nampak langsung.

"Memang hanya bergantung kepada mata kiri sepenuhnya untuk mengaji, berjalan dan sebagainya. Doktor bagi cadangan untuk buat pembedahan, namun kami asyik tangguhkan kerana tidak cukup duit," katanya.

Dalam pada itu, anaknya, Siti Nor Hidayu, 30, berkata terdapat empat hospital swasta yang menghubungi keluarganya termasuk di ibu negara yang menawarkan bantuan berkenaan.

"Saya memilih Hospital Columbia kerana paling senang dan mudah. Kami kena ambil kira kos pengangkutan dan sebagainya," katanya.

sumber : hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 1.441426 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list