CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

[Johor] Banjir di Johor: 1,853 orang masih di PPS

[Copy link]
Post time 25-3-2025 11:56 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Mangsa banjir di lima daerah di negeri ini menunjukkan sedikit kenaikan, setakat 8 pagi tadi.

Ini apabila mangsa di Johor Bahru dan Batu Pahat bertambah, menjadikan jumlah mangsa di lima daerah kepada 1,853 orang daripada 504 keluarga, berbanding 1,806 orang (513 keluarga), 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif menempatkan mangsa banjir kini adalah 20.



"Jumlah mangsa banjir di Johor Bahru meningkat sedikit kepada 680 orang (152 keluarga) pada pagi ini. Mereka ditempatkan di lima PPS.

"Batu Pahat menunjukkan peningkatan apabila kepada 621 orang (193 keluarga) di lima PPS, berbanding 368 orang (113 keluarga) di Batu Pahat, malam tadi.

"Di Kluang, Kota Tinggi dan Pontian, mangsa banjir kekal. Terdapat 74 orang (27 keluarga) di dua PPS bagi Kluang, manakala 68 orang (21 keluarga) masih berada di dua PPS di Kota Tinggi.

"Di Pontian, 414 orang (112 keluarga) di enam PPS," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir mahu pun amaran hujan di mana-mana daerah di negeri ini.

Setakat 8 pagi ini, hanya Batu Pahat sahaja yang cuacanya dilaporkan mendung, manakala daerah lain, cuaca dilaporkan cerah.

sumber :  hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 3.298029 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list