CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23327|Reply: 1

Nak tidur lepas sahur? Ini hukum dan kesan kepada kesihatan!

[Copy link]
Post time 17-3-2025 08:40 PM | Show all posts |Read mode

TIDUR selepas sahur ialah salah satu nikmat yang sukar ditolak. Selepas perut kenyang diisi, mata pun terasa berat. Katil pula seolah-olah katil memanggil-manggil sahaja. Namun, tahukah anda bahawa tabiat ini lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan?

Semasa kita tidur, badan memperlahankan hampir semua fungsinya kecuali jantung, otak dan paru-paru.

Proses penghadaman pula memerlukan lebih kurang dua jam untuk berfungsi dengan baik. Jika kita tidur sejurus selepas sahur, perut tidak sempat mencerna makanan dengan sempurna, sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Adakah tidur selepas sahur menjejaskan pahala puasa?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidur selepas sahur tidak membatalkan puasa. Imam al-Nawawi menyatakan:

وَلَوْ نَامَ جَمِيعَ النَّهَارِ، صَحَّ صَوْمُهُ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Dan jika seseorang tidur sepanjang siang hari, maka sah puasanya menurut pendapat yang sahih lagi diketahui.”

(Lihat Raudah al-Talibin, 2/366)

Namun begitu, tidur berlebihan, terutama sepanjang siang hari di bulan Ramadan, mengurangkan fadhilat dan menafikan hikmah sebenar berpuasa. Salah satu tujuan puasa adalah melatih diri mengawal nafsu dan merasai kesusahan sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T.


Imam al-Ghazali turut berpesan:


بل من الآداب أن لا يكثر النوم بالنهار حتى يحس بالجوع والعطش ويستشعر ضعف القوي فيصفو عند ذلك قلبه

Maksudnya: “Antara adab berpuasa adalah tidak memperbanyakkan tidur di siang hari, agar seseorang itu merasakan lapar, dahaga dan kelemahan fizikal. Maka dengan itu akan sucilah hatinya.”

(Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 1/235)

Oleh itu, para ulama menyatakan tidur berlebihan di siang hari ketika berpuasa adalah makruh. Imam al-Hattab al-Maliki menyebut perkara ini dalam kitabnya, “Mawahib al-Jalil” (2/415).

Kesan buruk tidur selepas sahur


1. Berat badan bertambah

Salah satu faedah puasa adalah membantu mengawal berat badan. Tetapi jika kita tidur selepas sahur, kalori yang belum sempat dibakar akan bertukar menjadi lemak.

Ini bukan sahaja menyebabkan kenaikan berat badan malah membuatkan kita cepat lapar dan cenderung makan berlebihan ketika berbuka.

Apabila kita terlalu lapar, kecenderungan memilih makanan tinggi lemak dan gula juga meningkat sekali gus menjejaskan manfaat kesihatan yang sepatutnya diperoleh melalui puasa.


2. Meningkatkan asid perut

Tidur selepas sahur boleh menyebabkan makanan tidak dihadam dengan sempurna. Ini memaksa perut menghasilkan lebih banyak asid untuk melancarkan proses penghadaman.

Akibatnya, kita berisiko mengalami pedih ulu hati, sakit perut dan keradangan pada esofagus. Jika dibiarkan berterusan, masalah ini boleh membawa kepada penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) iaitu asid perut melimpah ke esofagus dan menyebabkan ketidakselesaan berpanjangan serta kerosakan pada saluran makanan.


3. Sembelit

Penghadaman yang terganggu akan menyebabkan makanan kekal lebih lama dalam perut dan meningkatkan risiko sembelit.

Semasa berpuasa, tubuh sememangnya kekurangan air dan keadaan ini boleh memburukkan lagi masalah sembelit. Sembelit yang berpanjangan pula boleh menyebabkan buasir dan ketidakselesaan sepanjang hari sekali gus mengganggu fokus dan ibadah.

Nikmat sahur bukan sekadar mengisi perut tetapi memberi tenaga untuk kita terus bertahan sepanjang hari. Jadi, elakkan terus tidur selepas sahur agar tubuh lebih bersedia menghadapi cabaran berpuasa. – RELEVAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu Rasulullah sarankan lewatkan sahur, jd lepas sahur terus bersiap utk solat subuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.050276 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list