CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4582|Reply: 0

Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024

[Copy link]
Post time 27-1-2025 11:04 AM | Show all posts |Read mode

Anggota polis Filipina di lokasi pembunuhan suspek kes dadah ketika serbuan di Manila. - Foto REUTERS

MANILA: Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat daripada perkhidmatan, menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil, pada Ahad, lapor Xinhua.

Daripada jumlah itu, Marbil berkata seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.

Selain itu, 903 anggota yang dipecat turut merangkumi lima leftenan kolonel, enam mejar, 12 kapten dan lima leftenan.

Hukuman lain yang dikenakan termasuk turun pangkat, perampasan gaji, teguran, sekatan, dan sekatan hak istimewa.

Baru-baru ini, Marbil meletakkan 20 anggota polis yang masih bertugas dalam 'restrictive custody' selepas mereka didakwa berhubung kes rampasan dadah berprofil tinggi di ibu kota Filipina pada penghujung 2022


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.126812 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list