CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18817|Reply: 0

Pelajar perempuan jalani ujian air kencing selepas cuti sekolah

[Copy link]
Post time 23-1-2025 08:06 AM | Show all posts |Read mode

Berita tular mengenai puluhan pelajar di sekolah di Jawa Barat diarahkan menjalani ujian kehamilan selepas cuti sekolah. - Agensi

CIANJUR - Video pelajar perempuan di sekolah SMA Sulthan Baruna, Cikadu, Kabupaten Cianjur di Jawa Barat diarah menjalani ujian kehamilan di dalam tandas dengan ditemani guru, tular di media sosial baru-baru ini.

Ia berpunca selepas guru di sekolah tersebut yang memuat naik video pelajar masih berpakaian sekolah keluar masuk dari tandas, mencetuskan dakwaan dalam kalangan netizen bahawa segelintir pelajar perempuannya hamil.

"Salah seorang guru kami membuat naik video tersebut di media sosial sehingga keadaan menjadi huru-hara," kata Pengetua SMA Sulthan Baruna, Sarman kepada Kompas.com

Jelasnya, berita tular di media sosial itu sebenarnya tidak tepat.

Menurutnya, ujian air kencing dijalankan pihak sekolah bukan bertujuan untuk kehamilan semata-mata tetapi untuk mengesan penggunaan dadah dalam kalangan pelajar.

"Berita tular tidak tepat, ia memberi gambaran bahawa terdapat pelajar di sekolah kami yang hamil dan oleh itu perlu menjalani ujian kehamilan.

"Malah, ia hanya ujian air kencing, agenda rutin sekolah,” jelasnya yang tidak memperincikan tujuan sebenar ujian tersebut.

Sarman menambah, kes kehamilan seorang pelajarnya pernah berlaku tiga tahun lalu dan ia telah diselesaikan dengan baik.

Justeru, bagi mengelakkan ia terjadi lagi, kami meneruskan ujian air kencing sebagai langkah pencegahan selain mengawal pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan. - Agensi

Disiarkan pada: Januari 23, 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 213249 Replies : 2030
Delete
anakencanaDelete
Views : 11959 Replies : 112
Edisi SALAM AIDIL ADHA 1446 Hijriyyah
telracsEdisi SALAM AIDIL ADHA 1446 Hijriyyah
Views : 1576 Replies : 177
Baru balik joging dengan Syed Saddiq, Bella Astillah tertidur kepenatan
RalineBaru balik joging dengan Syed Saddiq, Be
Views : 66859 Replies : 2426
Menantu berpantang, Sheila Rusly gigih rancang menu
tatodMenantu berpantang, Sheila Rusly gigih r
Views : 983 Replies : 19
seorang pelanggan didakwa menampar seorang pekerja kedai makan kerana dicaj hidangan rm13-nasi,daging termasuk bebola daging, ayam mentega dan ayam goreng.
YgBenarseorang pelanggan didakwa menampar seora
Views : 167 Replies : 6
Sembang Santai Episod 3 Teratak Desa nan Permai
telracsSembang Santai Episod 3 Teratak Desa nan
Views : 8119 Replies : 1214
Atikah Suhaime rancang masa depan anak, harap Mulan tak benci
RalineAtikah Suhaime rancang masa depan anak,
Views : 21133 Replies : 600
Anugerah Industri Muzik kembali. Uolss sexcited??
af_maniaAnugerah Industri Muzik kembali. Uolss s
Views : 1110 Replies : 38
‘Semangkuk aib dibuka, hujung-hujung berjodoh kembali’ - Emma Maembong Nasihat Jangan Buka Aib Bekas Pasangan
tatod‘Semangkuk aib dibuka, hujung-hujung be
Views : 3635 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.080430 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list