CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15416|Reply: 0

2 wanita tarik rambut berebut tempat duduk

[Copy link]
Post time 8-1-2025 09:13 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan dua wanita menarik rambut antara satu sama lain di dalam kereta api. - Instagram


NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan dua penumpang bergaduh di dalam kereta api kerana berebut tempat duduk, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @delhi.connection memaparkan dua wanita tersebut saling menengking sambil menarik rambut sesama mereka.


Mereka enggan mengalah meskipun penumpang lain cuba meleraikan pergaduhan itu.

Kejadian berlaku apabila salah seorang daripada mereka mencabar wanita kedua untuk duduk di atas ribanya.

Situasi menjadi tegang apabila wanita tersebut mengikut ‘perintah’ itu sehingga mencetuskan pergaduhan lisan dan fizikal.

Rakaman itu mencatatkan lebih 395,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Saya faham kenapa wanita itu marah! Tidak semua orang selesa dengan sempit,” kataseorang netizen.

“Siapa cepat, dia yang dapat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Januari 8, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037794 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list