CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ulang Tahun TUDM ke-67

[Copy link]
Post time 1-6-2025 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ulang Tahun TUDM ke-67

Oleh BERNAMA - Jun 1, 2025 @ 10:38am








KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofea menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-67 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Sultan Ibrahim sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

"Semoga TUDM terus maju, unggul dan disegani serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam menjalankan amanah demi tanah air tercinta.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada," titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Ulang tahun ke-67 TUDM membawa tema 'Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara'. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/06/1403238/agong-raja-permaisuri-zahir-ucapan-selamat-menyambut-ulang-tahun





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 2.100146 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list