View: 808|Reply: 12
|
Carmen Soo dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik
[Copy link]
|
|
Pelakon jelita Malaysia, Carmen Soo, 47, terharu apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Drama Bersiri) di Pesta Perdana 2025 yang berlangsung di Singapura pada Sabtu lalu.
Menerusi kemenangan itu, Carmen atau nama sebenarnya Soo Wai Ming berjaya melakar sejarah tersendiri dalam karier lakonan yang diceburi sejak 1997.
Dalam ucapannya, Carmen berkata kejayaan diraih berkenaan adalah momen terindahnya selain, satu pengalaman berharga ketika dia membintangi drama Operandi Gerhana.
"Terima kasih kepada 'team' produksi serta semua barisan pelakon drama ini. Saya sejujurnya sangat gembira menerima trofi kemenangan ini dan ia pengalaman sangat bermakna.
"Kejayaan ini juga ditujukan kepada suami saya, Benson dan anak saya, Bea yang banyak memberi inspirasi. Tengok ini (Bea), mommy menang," katanya dalam ucapan ringkas yang amat bermakna.
Difahamkan Carmen melakonkan watak sebagai Lily dalam drama aksi, Operandi Gerhana itu yang memaparkan dirinya berlakon dengan cukup hebat dan mantap.
Drama Operandi Gerhana berlatarbelakangkan era 1950-an yang memaparkan dua anggota polis menyiasat kes penculikan pegawai atasan mereka di tengah-tengah kekacauan dunia kongsi gelap.
Pada acara anugerah berprestij itu juga Carmen berjaya menewaskan finalis lain iaitu Izyan Mellynna menerusi drama Raja Bundle), Rosita Hussain (Makan INC) dan Wahyu Rahman (Krisalis).
Pesta Perdana adalah acara anugerah anjuran Mediacorp di Singapura untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang pengkarya seni di negara jiran itu dalam industri hiburan Melayu.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 26-5-2025 10:57 PM
dia neh ada berlakon meh??dahla tu berlakon sejak 1997?citer apa?citer cina?hongkong? |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo aku terlepas pulak part dia berlaki & ada ank
Suka tgk dia dl, comel |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah tahniah
fauziah latiff pun ada juga tercalon kategori sama
carmen ni dlm drama first wives mmg cantik betul tak berkelip tgk dia walaupun makeup tebal gila haha |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 26-5-2025 10:56 PM
dia neh ada berlakon meh??dahla tu berlakon sejak 1997?citer apa?citer cina?hongkong?
Cite filipin pun ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pasan. selalu pasan dia model iklan
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm first wive kat astro tu dia berlakon kan..tgk skali dua nampak mcm muka dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu muda dia lawa betul |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by 8Queen8 at 27-5-2025 03:31 PM
2025 First Wives
8 episodes as Amber
2024 The Good Loan Sharks
as Amoi
2023 Phantom Squad
6 episodes
2023 The Iron Heart
75 episodes
2022 One Cent Thief
8 episodes as Irene
2022 Air Force The Movie: Danger Close
as Marya
2020 Jebat
as Aireen/Damia
2019 Orang Itu
as Ching
2019 Wizards of Warna Walk
14 episodes as Jasmin Tae D'Cruz
2019 Fried Rice Paradise
1 episode as Tang Wai Ling
2018 Crazy Rich Asians
as Francesca
2016 Day and Night
as Woman 1
2016 trio and a bed
13 episodes
2016 Bedside Manners
2014 Yasmine
as Yasmine's Mother
2014 Code of Law
4 episodes
2013 Ghost Child
as Na
2013 Love... And Other Bad Habits
as Jess
2012 Breakaway
2012 Double
2012 Dead Mine
as Su Ling
2011 Mein Herz in Malaysia
as Dalina
2009 My Spy
as Jade
2009 T2
as Isabel
2009 Sayang You Can Dance
as Angel
2008 Kahit Isang Saglit
65 episodes as Margaret 'Garie' Hang-Li
2008 Days of the Turquoise Sky
as Miss Liew
2005 Baik Punya Cilok
as Lina
2004 Visits: Hungry Ghost Anthology
as Maria
1999 Gorgeous
as Gloria |
|
|
|
|
|
|
|
cantik dia nie.. mantap lah.. tahniah carmen |
|
|
|
|
|
|
| |
|