CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38|Reply: 0

[Sarawak] MTPN Sibu meterai MoU dengan UTS

[Copy link]
Post time 21-5-2025 08:11 AM | Show all posts |Read mode

Khairuddin (dua kanan) bertukar dokumen perjanjian MoU dengan Lau sambil diperhatikan Nur Intan dan Mohd Shahril pada majlis tersebut.

SIBU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dalam satu langkah strategik untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang kepenggunaan, pembangunan modal insane dan tanggungjawab sosial melibatkan mahasiswa serta komuniti setempat.

Majlis menandatangani MoU itu semalam disempurnakan Pengerusi MTPN Cawangan Sibu Lucas Lau dan Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid sambil disaksikan Naib Pengerusi MTPN Sibu Nur Intan Asmida Busmandi dan Timbalan Naib Canselor UTS Profesor Dr Mohd Shahril Osman.

Hadir sama ialah Presiden Majlis Pemekasaan Pendidikan Negara (MPPN) merangkap Naib Presiden Kebangsaan MTPN Profesor Jericho Tang Kit Wai.

Memorandum merangkumi beberapa bidang kerjasama termasuk penganjuran program kesedaran pengguna, latihan dan penyelidikan berkaitan kepenggunaan dan keselamatan pengguna, penglibatan mahasiswa dalam program komuniti dan CSR serta perkongsian kepakaran dan sumber antara kedua-dua pihak.

Khairuddin dalam ucapannya berkata, kerjasama seperti ini penting untuk membuka ruang kepada pendekatan berasaskan pengalaman sebenar (real-life case studies) agar dapat dikongsi dengan masyarakat dan pelajar.

"Kita jangan terlalu fokus kepada teori sahaja. Saya harap memorandum ini bukan sekadar antara pelanggan dan penyedia, tetapi satu kerjasama berterusan untuk membentuk etika dan kesedaran pengguna dalam kalangan pelajar kita," ujarnya.

Beliau turut menekankan keperluan mendidik generasi muda agar lebih beretika dalam membuat keputusan berkaitan pengguna, terutama dalam persekitaran digital yang penuh dengan pengaruh media dan godaan pembelian dalam talian.

"Kadang-kadang pelajar leka membeli-belah dalam talian sehingga akhirnya terbeli barang yang tidak perlu.

"Ini boleh dielakkan jika ada pendedahan awal tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna," jelasnya.

Sementara itu, Lau menyatakan penghargaan atas kerjasama yang terjalin dan menyifatkannya sebagai satu usaha memperluas pendidikan pengguna ke peringkat akar umbi dan membabitkan anak muda secara langsung.

"Kami percaya kerjasama ini akan membuka lebih banyak ruang untuk projek bersama demi kepentingan pengguna dan pembangunan negara.

"Ia juga sejajar dengan misi kami memperkasakan pengguna melalui pendidikan dan kesedaran," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052031 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list