CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57|Reply: 0

[Sarawak] RUU Pusat Bioviversiti Sarawak (Pindaan) 2025 dilulus

[Copy link]
Post time 20-5-2025 06:22 PM | Show all posts |Read mode

Sagah tiba di Kompleks DUN bagi menghadiri Persidangan DUN hari ini. Beliau membentangkan RUU Pusat Biodiversiti Sarawak (Pindaan) 2025. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pusat Bioviversiti Sarawak (Pindaan) 2025 bagi memberi kuasa kepada Majlis Biodiversiti Sarawak (MBS) untuk memiliki dan mengkormersialkan hak harta intelek atau melesenkan penggunaan hasil penyelidikan dilakukan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) bagi tujuan komersial dan bukan komersial.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata RUU itu juga membenarkan MBS menyedia atau membangunkan kemudahan untuk penyelidikan dan pembangunan bagi tujuan saintifik, komersial dan sebarang tujuan lain berkaitan seperti dinyatakan dalam Seksyen 6 Ordinan Kuasa Majlis.

“Dana Pusat Biodiversiti diperluaskan untuk merangkumi faedah kewangan yang diperoleh daripada perjanjian perkongsian faedah.

“Kekayaan biodiversiti Sarawak memberi banyak peluang ekonomi yang belum diterokai dalam sektor farmaseutikal, nutraseutikal dan kosmeseutikal serta bioindustri,” katanya ketika membentangkan RUU itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-19  hari ini.

Sagah berkata pindaan itu akan memastikan mekanisme pengkomersilan yang lebih kukuh melalui SBC dan keseragaman dengan undang-undang negara serta penyelarasan dengan protokol antarabangsa, mengukuhkan kepimpinan Sarawak dalam tadbir urus biodiversiti.

Beliau menambah, dengan mengukuhkan Ordinan, RUU itu memberi kuasa kepada Sarawak untuk memanfaatkan sumber biologinya yang kaya, memastikan kemajuan saintifik diterjemahkan kepada manfaat ekonomi melalui usaha komersial.

Menjelas lanjut beliau berkata RUU itu juga memperuntukkan hukuman tambahan bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak, 1997.

“Pindaan kepada seksyen 22 misalnya, akan meningkatkan penalti bagi pengumpulan atau pengalihan mana-mana sumber yang dilindungi dari habitatnya untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan tanpa permit daripada MBS.

Menurutnya jumlah denda ditetapkan ialah tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, bagi pesalah individu.

“Bagi pertubuhan perbadanan, denda tidak kurang RM1 juta dan tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Mengenai peruntukan penguatkuasaan, beliau berkata kuasa penyitaan dan penangkapan dipertingkatkan dengan membenarkan pelupusan serta pembebasan sementara apa-apa yang disita di bawah Ordinan oleh ketua pegawai eksekutif dan pembebasan mana-mana orang yang ditangkap di bawah Ordinan atau peraturan mengenai bon peribadi.
Beliau juga berkata Seksyen 33A yang baharu mengenai Penalti Kewangan dimasukkan dalam RUU itu.

“MBS boleh mengenakan penalti kewangan sehingga RM20 juta bagi sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan.

"Bagi kesalahan berulang, penalti meningkat sepuluh kali ganda. Mana-mana penalti kewangan yang tidak dibayar boleh dipulihkan sebagai hutang sivil.

“Mahkamah boleh mengenakan penalti pembayaran lewat tambahan sehingga dua kali ganda jumlah yang belum dibayar, bersama-sama dengan kos pemulihan dan semua penalti kewangan yang dikutip akan didepositkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri,” jelasnya.

Sagah memberitahu pindaan itu juga akan memperkenalkan definisi baharu mikroorganisma untuk memasukkan virus, viroid, dan organisma steril; takrifan ‘menteri’ yang disemak semula untuk mencerminkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SBC dan kemasukan (perkataan) 'asli' mempunyai makna  sama yang diberikan kepadanya di bawah Ordinan Tafsiran, 2005 [Cap.61].


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044624 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list