CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40|Reply: 0

[Sarawak] BSMM Cabang Miri santuni dua keluarga kurang berkemampuan di Bakong

[Copy link]
Post time 20-5-2025 06:11 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Miri melalui Jawatankuasa Kecil Penjagaan dan Perlindungan Komuniti telah mengadakan lawatan amal ke sebuah rumah panjang di Bakong semalam, bagi menyantuni dua keluarga kurang berkemampuan.

Lawatan itu yang diketuai oleh pengerusinya Dr. Uma Devi, turut disertai pegawai dari Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan beberapa orang sukarelawan.

Inisiatif itu turut mendapat sokongan seorang penduduk tempatan V.P Govindasamy yang juga merupakan ahli Komuniti Kesihatan.

Sebagai pengisian program, Dr. Uma turut menyampaikan ceramah pendidikan berkaitan topik kesihatan dan alam sekitar terutama berkaitan bahaya plastik bagi meningkatkan kesedaran tentang penggunaan plastik yang berbahaya dan menggalakkan alternatif lestari.

Turut disentuh adalah topik kepentingan kebersihan dengan menggalakkan penduduk di rumah panjang berkenaan sentiasa menjaga kebersihan di kawasan rumah masing-masing serta amalan pemakanan yang sihat.

"Kesedaran terhadap gaya hidup sihat dan pemeliharaan alam sekitar amat penting, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.

"Justeru, kami berharap mesej ini dapat disampaikan dengan jelas kepada komuniti, katanya.

Dalam pada itu, pegawai dari MBM Dayang Mariamah turut mengadakan sesi penerangan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak majlis serta cara melaporkan sebarang isu berkaitan kebajikan komuniti.

Sebagai sebahagian daripada kempen menentang penggunaan plastik, pihak MBM dan BBSM masing-masing telah menyerahkan pelekat "Katakan Tidak kepada Plastik" dan mengagihkan pinggan dan mangkuk keluli tahan karat yang disumbangkan oleh sekumpulan penderma yang enggan dikenali, selain bantuan berupa makanan kering dan dalam tin, pakaian serta barangan kebersihan.

Menurut BBSM Miri, program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan mereka dan MBM untuk membantu komuniti rentan dengan merancang lebih banyak lawatan pada masa hadapan.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau menyumbang kepada program kemasyarakatan ini boleh menghubungi PBSM Cawangan Miri di talian 085-411121 atau melalui emel miri@redcrescent.org.my.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.283112 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list