CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36|Reply: 0

[Sarawak] Kerja pembaikan tanah runtuh di Jalan Sipan-Temalat berjalan rancak: Nanta

[Copy link]
Post time 20-5-2025 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Nanta meninjau lokasi tanah runtuh di Jalan Sipan–Temalat, Song. - Gambar Facebook Alexander Nanta Linggi

SONG: Kerja-kerja pembaikan di lokasi tanah runtuh di Jalan Sipan-Temalat di sini sedang berjalan dengan rancak, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau turut melahirkan rasa puas hati terhadap kemajuan kerja-kerja baik pulih yang sedang dilaksanakan di lokasi tanah runtuh tersebut.

Tambahnya, kerja-kerja pembaikan oleh kontraktor yang dilantik telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan.


“Apa yang menggembirakan saya ialah kerja-kerja baik pulih sedang berjalan dengan rancak.

“Papan tanda amaran juga telah dipasang di kedua-dua arah Jalan Sibu/Kanowit–Song–Kapit bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya dalam satu catatan di Facebook rasminya, hari ini.

Nanta melakukan tinjauan ringkas ke lokasi terbabit ketika dalam perjalanan pulang daripada program kerja di kawasan Parlimen Kapit.

Keadaan jalan yang rosak teruk akibat tanah runtuh. - Gambar Facebook Alexander Nanta Linggi
Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya mereka yang akan pulang ke kampung sempena sambutan Hari Gawai Dayak tidak lama lagi agar lebih berhati-hati semasa memandu melalui kawasan berkenaan.

“Saya berharap kerja-kerja pembaikan ini dapat diteruskan dengan lancar.

“Walaupun masih memerlukan masa untuk disiapkan sepenuhnya, kemajuan yang dicapai setakat ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan tersebut,” ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049990 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list